• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UMWT Perkenal Toyota Vios (2020) Facelift dengan Harga Anggaran Mula RM75k

UMWT Perkenal Toyota Vios (2020) Facelift dengan Harga Anggaran Mula RM75k

November 16, 2020 By Han Othman Leave a Comment

918
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota Motor (UMWT) memperkenalkan Vios (2020) baharu versi dipertingkat (facelift) dengan menampilkan rupa luaran diperbaharui seperti Yaris facelift yang juga baru saja membuka tempahan baru-baru ini.

Vios serba baharu generasi ketiga ini dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada Januari 2019, beberapa bulan selepas debut di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, pada November 2018.

BACA >>> #KLIMS2018: Toyota Vios Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Bermula RM77k
BACA >>> Toyota Yaris (2020) Facelift Buka Tempahan, Harga Mula RM72k!

Penampilan Vios (2020) facelift kali ini lebih segar, terutama rekabentuk gril dan bampar depan yang lebih ringkas dan elegan. Ada tiga varian ditawarkan pada harga anggaran seperti berikut yang ketiga-tiga didatangkan dalam transmisi automatik (AT):

  • 1.5G (AT) - RM89,232
  • 1.5E (AT) - RM85,674
  • 1.5J (AT) - RM75,701

Setiap pembelian dipakejkan dengan waranti 5 tahun, dan ada lima warna untuk dipilih, iaitu Orange Metallic (jingga, warna baharu), Platinum White Pearl (putih), Dark Blue Metallic (biru), Red Mica Metallic (merah) dan Silver Metallic (perak). Warna hitam digugurkan dalam senarai.

Vios (2020) facelift dilengkapkan pakej Toyota Safety Sense (TSS) dengan Sistem Praperlanggaran (PCS) dan Amaran Tukar Lorong (LDA). Apakah ada ciri tambahan lain untuk versi pelancaran kelak?

Antara ciri menarik disediakan pada sedan subkompak ini ialah penyaman udara automatik, meter optitron dengan paparan multi-info (MID), lampu utama LED dengan lampu susur follow-me-home, cermin pandang belakang elektrokromik, suis mod pandu dan pedal syif.

Tidak dilupakan ciri Safe-T seperti Monitor Papar Panoramik (PVM) 3D, Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan perakam video digital (DVR) depan. Ini termasuk teknologi Connectivi-T, terdiri daripada unit infotainment dengan konektiviti telefon pintar Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas wayarles dan sistem telematik kenderaan (VTS).

Spesifikasi lengkap belum didedahkan UMW Toyota, dan pengguna boleh mendaftarkan diri di laman web Toyota.com.my untuk mengetahui kemas kini lanjut mengenai model facelift ini.

BACA >>> #PanduUji: Adakah Toyota Vios (2019) dengan Rupa Moden Masih Relevan?

Related

918
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Roda4, Sedan, sedan segmen-B, sedan subkompak, Toyota, Toyota Malaysia, Toyota Vios, Toyota Vios (2020), Toyota Vios (2020) Facelift, UMW Toyota Motor (UMWT), UMWT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my