• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Joan Mir Juara MotoGP 2020! Julang Suzuki Selepas 20 Tahun!

Joan Mir Juara MotoGP 2020! Julang Suzuki Selepas 20 Tahun!

November 16, 2020 By Wahid Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA Suzuki Ecstar, Joan Mir sah bergelar juara MotoGP 2020 walaupun menamatkan cabaran di tempat ke-7 dalam pusingan kedua akhir di GP Valencia semalam, iaitu 20 tahun selepas Kenny Roberts Jr memberikan kejuaraan dunia ek[ada pasukan Suzuki pada 2000.

Mir memulakan perlumbaan dengan jurang 13 mata di depan rakan pasukan, Alex Rins, dan pesaing terdekat, Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT). Mir wajib menghabiskan perlumbaan sama ada memijak podium atau sekurang-kurangnya memungut 14 mata daripada dua perlumbaan untuk bergelar juara MotoGP 2020. Itupun jika dua pesaing terdekat itu meraih podium.

Namun, Quartararo terbabas pada selekoh kedua pada lap pembukaan dan dipintas hampir semua pelumba lain. Beliau kemudian terjatuh terus beberapa lap selepas itu, sekali gus memusnah harapan beliau untuk mencabar kejuaraan musim ini.

Rins pula terkandas di tempat ketujuh sejak bermula perlumbaan, tetapi dapat merebut saingan di tempat kelima selepas Johan Zarco (Reale Avintia Racing) dan Takaaki Nakagami (LCR Honda Idemitsu) terjatuh. Beliau kemudian memintas Miguel Oliveira (Red Bull  KTM Tech3) pada lap akhir untuk menduduki tempat ke-4.

Mir enggan mengambil risiko apabila memilih menunggang secara konsisten di tempat ke-9 sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-7, selepas Zarco dan Nakagami tersingkir dan meraih 9 mata.

Ini sudah cukup untuk beliau memungut 171 mata keseluruhan, di atas lawannya Franco Morbidelli (142 mata) dan rakan pasukan, Rins (138 mata) selepas tamat perlumbaan. Kedua-dua pesaing itu tidak lagi dapat menggugat kedudukan Mir pada pusingan akhir di Portimao, Portugal nanti walaupun Mir tidak dapat menamatkan perlumbaan.

PELUMBA PALING KONSISTEN

joan-mir-and-suzuki-ecstar-team
joan-mir-dan valentino-rossi
joan-mir-suzuki-gsx-rr

Mir ialah pelumba paling konsisten dari segi pencapaian tahun ini walaupun beliau hanya pernah menang satu perlumbaan GP.

Beliau memulakan saingan MotoGP 2020 dengan kemalangan pada pusingan pertama dan ketiga, termasuk menamatkan perlumbaan di tempat kelima pada pusingan kedua. Namun, selepas itu, Mir merekodkan tempat ke-2 (tiga kali), ke-3 (tiga kali), ke-11 sekali) dan kemenangan pertama minggu lalu di GP Eropah di Litar Ricardo Tormo.


Walaupun ada lapan pelumba selain Mir yang  menjadi juara GP, termasuk dua pelumba bergelar juara GP tiga kali (Quartararo dan Morbidelli), tetapi setiap pelumba tersebut gagal konsisten seperti Mir.

Kemenangan Mir juga membolehkan Suzuki Ecstar menjadi juara kategori Pasukan (Team), dan kini perlu mengatasi Ducati untuk memenangi kejuaraan Pembina (Constructor).

GP Valencia dimenangi Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) selepas menundukkan cabaran Jack Miller (Pramac Ducati) pada dua lap terakhir, manakala pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Pol Espargaro pula menduduki tempat ketiga. Pusingan akhir MotoGP 2020 akan berlangsung di Portimao, Portugal, minggu depan.

KEPUTUSAN GP VALENCIA 2020
  1. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) 41m 22.478s
  2. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20) +0.093s
  3. Pol Espargaro SPA Red Bull KTM (RC16) +3.006s
  4. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +3.697s
  5. Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16)* +4.127s
  6. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16) +7.272s
  7. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +8.703s
  8. Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20) +8.729s
  9. Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +15.512s
  10. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +19.043s
  11. Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP20) +19.456s
  12. Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +19.717s
  13. Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) +23.802s
  14. Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V) +27.430s
  15. Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20) +30.570s
  16. Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)* +30.619s
  17. Tito Rabat SPA Reale Avintia (GP19) +42.365s
  18. Lorenzo Savadori ITA Aprilia Gresini (RS-GP) +46.472s
  • Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) DNF
  • Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1) DNF
  • Johann Zarco FRA Reale Avintia (GP19) DNF

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: GP Valencia, Joan Mir, MotoGP 2020, Suzuki Ecstar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev