• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Tanya 10 Soalan Ini

#ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Tanya 10 Soalan Ini

November 22, 2020 By Azizi H Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM beli kereta terpakai, sudah pasti banyak tanda-tanya dan persoalan yang timbul dalam diri mengenai kondisi dan kemampuan kereta tersebut. Ini menyebabkan ramai cenderung mengajukan pelbagai soalan secara rawak dan terlupa perkara penting yang patut ditanya.

Sedar tidak sedar kita mungkin tertinggal maklumat penting mengenai sejarah kereta yang mahu dibeli. Sepatutnya ajukan soalan relevan saja bagi memudahkan kita menilai status kereta terpakai berkenaan.

Berikut beberapa soalan yang boleh ditanya kepada pemilik atau jurujual kereta terpakai itu, termasuk isu berbangkit yang perlu anda pertimbangkan:

i) KETIKA JUMPA JURUJUAL/PEMILIK KERETA
odometer-pandulajudocomdotmy
beli-kereta
1. Berapakah jarak odometer?
  • Ini perkara asas sebelum beli kereta terpakai yang membantu anda menentukan nilai kenderaan itu.
  • Pergi ke mana-mana laman web kereta terpakai untuk menilai harga semasa sesebuah kereta mengikut jumlah perbatuan.
2. Kenapa nak jual kereta?
  • Jawapan terbaik:
    • "Saya baru je beli kereta baru" - Ini bagus kerana penjual mahu jual kereta dengan segera.
    • "Itu kereta ibu atau ayah saya" - Ini juga bagus kerana kereta itu mungkin tidak digunakan lagi. Mereka mungkin perlukan tunai.
  • Jawapan meragukan:
    • "Itu kereta anak saya, tak pakai pun sebab dia nak pindah/masuk kerja baru/beli kereta sendiri" - Kita mungkin sukar berunding dengan penjual jenis ini kerana dia tiada keperluan mahu jual kereta, dan mungkin susah hendak minta dikurangkan harga.
3. Bagaimanakah kondisi kereta terpakai ini?

Ini tiga jawapan yang selalu diberikan:

  • "Keadaan kereta tip top, tak ada kemalangan" - Kadangkala penjual akan berusaha sebaik mungkin untuk meyakinkan kita supaya beli kereta tersebut. Tetapi jangan mudah terpedaya kerana dia mungkin ada sesuatu yang cuba dirahsiakan mengenai masalah dan keburukan kereta itu.
  • "Kereta bagus, tapi biasalah kereta lama ada masalah sikit" - Sebahagian besar  jurujual beri alasan sama. Jurujual seperti ini biasanya seorang yang jujur dan tidak akan menipu berlebihan.
  • "Saya rasa kereta ni ok je, tak pernah buat hal" - Orang jenis ini selalunya tiada banyak ilmu tentang cara menilai kenderaan mereka. Mereka mungkin sangat jujur atau pemalu orangnya. Segala tawar-menawar mungkin akan menjadi mudah.

NOTA: Kajian mendapati pemilik kereta terpakai biasanya jujur mengenai kondisi kenderaan mereka, berbanding ejen atau penjual di premis jual-beli kereta terpakai.

ii) SELEPAS TENGOK KERETA
beli-kereta-3
beli-kereta-4
4. Dari siapa kereta dibeli?
  • Jika melalui ejen, pastikan mereka dapatkan kereta daripada pemilik asal.
  • Minta lihat geran kereta.
  • Minta rekod servis kereta kalau ada.
5. Dari mana kereta dibeli?
  • Seorang pemilik boleh jadi pemilik asal, tetapi berpindah dari negeri lain dan menukar nama kereta kepada tuan baharu.
  • Latar belakang geografi kereta juga dapat menunjukkan kemungkinan berlaku masalah bencana alam tertentu, seperti kawasan berisiko banjir.
6. Apakah jenis minyak enjin digunakan?

Percaya atau tidak, ini petunjuk tentang cara kereta itu dijaga baik. Pemilik kereta persendirian akan jawab dalam tiga cara:

  • Jawab spontan. Ini menunjukkan mereka sendiri uruskan hal minyak enjin itu sendiri dan menjaga kereta dengan baik.
  • Terus tunjuk rekod servis minyak enjin. Perkara ini sangat baik kerana pemilik kereta sangat yakin dengan kondisi keretanya. Bagaimanapun, periksa dengan terperinci rekod tersebut.
  • Jika dia jawab, "Saya tak tahu" atau beri jawapan salah, sila pastikan mekanik periksa bahagian enjin dengan teliti.
7. Berapakah harga paling rendah sanggup jual?
  • Soalan ini secara tidak langsung memberitahu penjual yang kita tidak akan bayar harga tinggi diminta.
  • Tapi masih bergantung berapa lama penjual berusaha jual kereta itu. Kalau sudah lama, dan terdesak, dia mungkin beri potongan harga lumayan.
8. Berapa lama masa diambil untuk pandu uji kereta terpakai itu?
  • Pandu uji wajib dilakukan setiap kali mahu beli kereta terpakai. Penjual yang beretika juga sudah pasti tidak akan menolak permintaan ini.
  • Kebanyakan penjual akan beri masa kurang 30 minit saja.
  • Jika lebih masa, penjual mungkin risau dengan kenderaan dan tidak membenarkan kita memandu uji lebih lama.
iii) SELEPAS PANDU UJI

9. Adakah boleh periksa sendiri kereta terpakai?
  • Anda harus sentiasa berwaspada jika ada apa-apa masalah pada kereta.
  • Jangan terpengaruh jika penjual cuba menolak permintaan tersebut. Mungkin mereka takut rahsia 'tersembunyi' terbongkar.
  • Jawapan terbaik; "Baik, tiada masalah."
10. Bilakah kali terakhir jual kereta terpakai?
  • Ada orang yang jual kereta terpakai sebagai sumber pendapatan. Misalnya, kereta dibeli pada harga murah, dan dijual selepas dibaik pulih.
  • Namun, wujud segelintir individu tidak bertanggungjawab dengan menjual kereta yang teruk dan tidak dibaik pulih sebaiknya sebelum dijual.
  • Pastikan anda periksa latar belakang penjual itu sebelum buat keputusan beli kereta terpakai.

BACA >>> #ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Buat 6 Tip Pandu Uji Ini
BACA >>> 11 Orang Ini Patut Beli Kereta Terpakai Saja! Jangan Nak 'Eksyen' Lebih Naa...

SUMBER: LiveAbout.com

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, Auto Terkini, autotainment, Beli Kereta Terpakai, Soalan Sebelum Beli Kereta Terpakai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev