• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CFMoto 300GT-E - Motosikal Elektrik untuk Polis yang Boleh Ditunggang Sejauh 150km

CFMoto 300GT-E - Motosikal Elektrik untuk Polis yang Boleh Ditunggang Sejauh 150km

November 16, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

282
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CFMoto mendedahkan motosikal elektrik penuh pertama jenama itu dengan seragam seperti unit peronda polis trafik di China yang menunjukkan pengeluar tersebut serius mahu meneroka segmen kenderaan tenaga boleh diperbaharui.

Dikenali 300GT-E, penghasilan motosikal elektrik itu bertujuan mematuhi keperluan jabatan polis antara bandar di China.

BACA >>> Curi Civic Polis: Penjual Ikan Bilis Hadap 6 Pertuduhan, Kena Rujuk Mental di Hospital Bahagia

300GT-E dilengkapi teknologi terkini seperti trenkuasa elektrik yang dikatakan amat efisien dengan konektiviti pintar dan ciri keselamatan menunggang.

Model ini dijana satu motor elektrik dengan sistem penyejukan cecair yang mendapat kuasa daripada sel bateri litium-ion. Enjin dipasangkan di tengah motosikal untuk pusat graviti (CoG) rendah selain membantu mendapatkan karakter pengendalian terbaik, manakala sistem pacuan menggunakan tali sawat dan bukan rantai.

300GT-E menghasilkan kuasa output maksimum 26hp, manakala kelajuan maksimum mencapai 120kmj. Pek bateri penuh membolehkan motosikal ini ditunggang sejauh 150km bergantung situasi semasa.

Ciri pintar terdiri daripada sistem konektiviti seperti digunakan kereta peronda yang membolehkan anggota polis berkomunikasi dan bersambung terus ke pangkalan data pihak berkuasa berkenaan.

300GT-E juga dilengkapi ciri sokongan awan (cloud) untuk mengetahui status motosikal dan lokasi masa nyata (real-time), ada sistem navigasi satelit melalui panel meter TFT 7 inci, dan entri pintar.

Ada tiga mod tunggangan disediakan: Eco, Street dan Sport. Model elektrik juga dilengkapkan ciri keselamatan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch, tongkat sisi dengan fungsi matikan enjin, fork terbalik (USD) dan monoshock.

Visor angin boleh dilaraskan mengikut kesesuaian tunggangan, manakala rim jenis aloi 17 inci. Akhir sekali, model ini menggunakan sistem lampu jenis LED.

SUMBER: MCNews.com.au | CFMoto

Related

282
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: cfmoto, CFMoto 300GT-E, e-Motosikal, motosikal elektrik, Motosikal Polis, polis, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my