• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Touareg Kini Ada Ciri Parkir Auto Kawalan Jauh Guna Telefon Pintar

Volkswagen Touareg Kini Ada Ciri Parkir Auto Kawalan Jauh Guna Telefon Pintar

November 13, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANDU keluar dan masuk Volkswagen Touareg dari ruang parkir bukan kerja mudah. Jadi kenderaan utiliti sukan (SUV) itu kini menjadi model perdana Volkswagen dilengkapkan sistem parkir kawalan jauh.

Dibangunkan berasaskan ciri Bantuan Parkir yang dibantu empat kamera dan 12 sensor ultrabunyi. Fungsi baharu itu membolehkan Touareg dipandu keluar dan masuk ruang parkir sempit sama ada pemandu berada di dalam atau luar kenderaan dengan menggunakan telefon pintar sebagai alat kawalan jauh.

Situasi pertama, pemandu boleh duduk dalam kabin, mula mencari ruang parkir dengan menekan punat ‘P’ pada skrin sentuh. Kenderaan akan mengesan satu atau lebih ruang parkir yang sesuai, dan dipaparkan pada skrin unit infotainment sebelum pemandu memilih parkir diinginkan.

Kemudian, kluster instrumen akan memaparkan mesej: 'Tekan brek sambil tekan dan tahan punat, atau pilih Bantuan Parkir dengan kawalan jauh'. Jika pengguna memilih pilihan pertama ini, terus tekan butang ‘Drive’ bawah tombol gear, dan kereta akan berhenti segera apabila butang dilepaskan.

Situasi kedua, pemandu boleh berada luar kereta tanpa perlu memandu dengan melengkapkan arahan dan langkahj diberikan  menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi ‘VW Remote Park Assist Plus’ untuk mengawal kenderaan secara kawalan jauh.

Caranya, pengguna perlu terus tekan butang ‘Drive’ pada telefon pintar. Jika mengangkat jari, Touareg boleh berhenti sepenuhnya. Aplikasi telefon pintar juga boleh digunakan untuk memandu keluar SUV tersebut dari ruang parkir sempit.

BACA >>> Tiada Lagi Mesin Parkir di Kuala Lumpur, Bayar Guna e-Dompet atau Aplikasi Mobil
BACA >>> Akhirnya Foto Proton X50 Didedahkan, Ada Ciri Parkir Automatik, ADAS 2.0?

Related

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Parking, Parking Kawalan Jauh, Parkir Auto, Roda4, teknologi, Volkswagen, Volkswagen Touareg

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my