• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Sonet (2020) Lancar di Indonesia dengan Pengecas Wayarles, Audio Bose, Harga RM84k!

Kia Sonet (2020) Lancar di Indonesia dengan Pengecas Wayarles, Audio Bose, Harga RM84k!

November 12, 2020 By Han Othman Leave a Comment

302
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDONESIA menjadi negara kedua dunia melancarkan Kia Sonet (2020) selepas India pada Ogos lalu yang mendapat maklum balas positif kalangan pengguna sana.

Malah, Indonesia juga menjadi negara pertama menggunakan enjin baharu 1.5L Gamma II SmartStream untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B tersebut.

BACA >>> Perbandingan: Proton X50 vs 6 Model SUV Segmen-B di Malaysia Sepanjang 2020

Dijana enjin 4-silinder 1,493cc berkuasa 113hp dan tork 144Nm, dengan pilihan kotak gear manual 6-kelajuan dan transmisi variabel pintar (IVT) dengan 8 gear virtual. Sonet diposisikan di bawah Seltos yang terlebih lancar di negara itu pada awal tahun ini.

Dimensi Sonet (2020) lebih kecil berbanding Seltos dengan ukuran panjang 4,120mm, lebar 1,790mm, dan tinggi 1,642mm, manakala jarak roda 2,500mm. Seltos pula memiliki panjang 4,315mm, lebar 1,800mm, dan tinggi 1,645mm.

BACA >>> Perbandingan: Geely Coolray Filipina vs Proton X50, Apa yang Berbeza?

Antara ciri menarik Sonet (2020) varian 1.5 iVT Premiere, pengguna diberikan pengecas wayarles dengan fungsi penyejuk dan kerusi ventilasi udara 3-tetapan yang memberikan ekstra keselesaan kepada pemandu dan penumpang ketika memandu jauh.

BACA >>> #Spyshot: SUV Moden Pertama Perodua Dah Nampak di Putrajaya!

Unit infotainment disediakan konektiviti Bluetooth berserta Apple CarPlay dan AndroidAuto. Juga ada ventilator penyaman udara untuk penumpang belakang yang diletakkan pada konsol tengah. SUV ini dapat dihidupkan secara kawalan jauh, termasuk mengaktifkan penyaman udara dengan menggunakan telefon pintar dalam keadaan pintu dikunci penuh.

Sistem audio menggunakan tujuh unit pembesar suara Bose yang mengeluarkan cahaya mengikut alunan muzik.

Sonet (2020) kini sudah berada di semua wakil pengedar rasmi Kia seluruh Indonesia dalam lima varian dan dua pilihan transmisi pada harga seperti berikut:

  • 1.5 iVT Premiere - Rp289 juta (RM84,230)
  • 1.5 iVT Dynamic - Rp265juta (RM77,240)
  • 1.5 iVT Smart - Rp251.5 juta (RM73,300)
  • 1.5 M/T Smart - Rp238.5 juta (RM69,510)
  • 1.5 M/T Active - Rp204,5 juta (RM59,600)
  • 1.5 M/T Standard - Rp193 juta (RM56,230)

Sonet (2020) tersedia dalam 6 pilihan warna iaitu Glacier White Pearl (putih), Aurora Black Pearl (hitam), Steel Silver (perak), Intense Red (merah), Intelligency Blue (biru), dan Beige Gold (emas).

Related

302
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kia, Kia Indonesia, Kia Sonet (2020), Roda4, SUV segmen-B, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my