SEMALAM tular video di media sosial apabila seorang pemandu mendakwa disaman kerana isteri duduk di bahagian sebelah penumpang depan yang kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen.
Susulan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan kenyataan menjelaskan isu video berkenaan yang berniat jahat dan cuba merosakkan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurutnya, tiada ketetapan melarang penumpang duduk sebelah pemandu sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza PKPB, PKPD, PKPDB dan PKPP? (Jangan Pening!)
Perkara ini saya sudah jawab beberapa kali tiada ketetapan yang memerlukan mereka yang menaiki kenderaan, seorang kena duduk depan, seorang duduk di belakang.
"Malah, jika datang daripada satu keluarga tidak memakai pelitup muka dalam kereta pun tidak salah, namun semalam ada seorang pemandu menyebarkan video kononnya disaman kerana perkara itu.
“Selepas disiasat, didapati individu itu dikenakan tindakan kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu,” katanya.
Ismail juga meminta polis mengambil tindakan segera terhadap individu tersebut yang menyebarkan klip video bertujuan memburukkan imej pihak berkuasa tersebut.
BACA >>> PKPB: Siapa Cakap Tak Boleh Keluar Selepas 12 Tengah Malam? Tapi...
SUMBER: SinarHarian | InfoRoadblockJPJ/Polis
Leave a Reply