HONDA PCX 125 (2021) baru saja dilancarkan di Britain dengan menampilkan perubahan dari segi rekabentuk dan ciri yang lebih signifikan pada harga £3,049 (RM16,650).
Sejak dilancarkan pada 2010, Honda sudah menjual lebih 140,000 unit PCX 125 seluruh Eropah dan 36,000 unit datang daripada pembeli Britain, sekali gus menjadi model moped paling laris di negara itu.
Apakah perubahan istimewa ditawarkan PCX 125 (2021) buat pembeli UK dan Eropah?
BACA >>> #Spyshot: Honda PCX 150 4-Injap Dikesan Diuji di Thailand?
BACA >>> Brazil Lancar Honda PCX150 (2020), Guna Tayar Pirelli Diablo
- Menampilkan lampu depan LED dan lampu belakang bentuk X dengan efek 3D.
- Asas rekabentuk masih sama, cuma bahagian panel diperbaharui dengan visor hitam lebih tinggi berbanding model lama sebagai perlindungan dari terpaan angin.
- Pelana direka semula untuk memudahkan jangkauan kaki dengan ketinggian sama 764mm. Ruang simpanan bawah pelana dipertingkat daripada 28 liter kepada 30.4 liter.
- Ciri lain ialah soket USB-C pada kotak pemuka (glovebox) bagi menggantikan soket aksesori 12V.
- Kini dilengkapkan Kunci Pintar Honda (HSK).
- Trenkuasa dijana enjin 4-injap (dulu 2-injap) 4-lejang eSP+ silinder tunggal 125cc SOHC penyejukan air dengan teknologi suntikan bahan api elektronik PGM-FI berkuasa 12.3hp (dulu 12hp) @ 8,750rpm (dulu 8,500rpm) dan tork 11.8Nm @ 6,500rpm (dulu 5,000rpm)
- Dimensi lejang dan gerek dikemas kini. Gerek lebih besar daripada 52.4mm kepada 53.5mm, manakala lejang lebih pendek daripada 57.9mm kepada 55.5mm.
- Buat kali pertama dilengkapkan ciri Kawalan Traksi dan sistem henti-mula (idle-stop).
- Geometri frem keluli diperbaharui dengan sudut stereng lebih curam 26° 30' dan bukan 27°, manakala jarak roda lebih pendek dan trail dikurangkan.
- Berat jentera kekal 130kg, tetapi rim 14-inci menerima tayar lebih besar 10mm berbanding model terdahulu, iaitu 110/70 14 (depan) dan 130/70 14 (belakang). Absorber belakang menerima tambahan travel 10mm.
- Ada empat warna pilihan, iaitu kelabu, putih, merah atau hitam.
SUMBER: Bennetts
Leave a Reply