• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / HLYM Perkenal Yamaha Y15ZR dengan Warna, Grafik Baharu, Harga Kekal RM8.1k

HLYM Perkenal Yamaha Y15ZR dengan Warna, Grafik Baharu, Harga Kekal RM8.1k

November 11, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUKAN saja di Malaysia, strategi pemasaran Yamaha di pasaran lain juga sama, iaitu menggunakan pendekatan sama menerusi pengenalan warna dan seragam baharu.

Wakil pengedar Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan warna dan grafik baharu Y15ZR (2020) facelift.

Berita ini pasti mengecewakan peminat tempatan kerana ramai menantikan Y15ZR versi V3 dengan teknologi VVA yang sebelum ini dilaporkan sedang menjalani ujian enduran, termasuk dikesan di Vietnam. Namun, kapcai popular Yamaha itu cuma tampil sebagai versi facelit dengan menawarkan empat pilihan warna baharu iaitu kelabu, biru, merah dan  putih.

BACA >>> Yamaha Vietnam Lancar Exciter 150 dengan Warna Serba Baharu, Enjin Masih Sama

Rekaan grafik juga berubah dan lencana Y15ZR (2020) facelift pada fairing sisi kini berwarna tona warna berbanding model terdahulu, putih. Raja kapcai itu akan berada di pusat jualan bermula bulan ini dan setiap pembelian akan mendapat kunci cakera Yamaha bernilai RM100.

Harga kekal sama, RM8,168, tetapi seperti semua sedia maklum akan berubah lebih mahal sebaik saja tiba di pusat jualan. Y15ZR (2020) facelift masih mempertaruhkan enjin sama 150cc SOHC dengan teknologi VVA berkuasa 15.1hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm dengan transmisi manual 5-kelajuan.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada frem backbone dengan sistem suspensi fork teleskopik di depan dan monoshock dengan swingarm di belakang. Kedua-dua roda menggunakan sistem brek cakera hidraulik, manakala kapasiti tangki 4.2 liter.

BACA >>> #Spyshot: Lagi Imej Yamaha Y15ZR V3! Dikesan Diuji Bersama SYM VF3i
BACA >>> Kapcai Suzuki Muncul Semula, Kawasaki Jadi Pengedar di Malaysia?

2020 Y15ZR Flyer Back
banner-yamaha-y15zr-2020-facelift
Yamaha Y15ZR (2020)_1
Yamaha Y15ZR (2020)_2
Yamaha Y15ZR (2020)_3
Yamaha Y15ZR (2020)_4
Yamaha Y15ZR (2020)_5
Yamaha Y15ZR (2020)_6
Yamaha Y15ZR (2020)_7
Yamaha Y15ZR (2020)_8
Yamaha Y15ZR (2020)_9
Yamaha Y15ZR (2020)_10
Yamaha Y15ZR (2020)_11
Yamaha Y15ZR (2020)_12
Yamaha Y15ZR (2020)_13
Yamaha Y15ZR (2020)_14
Yamaha Y15ZR (2020)_15
Yamaha Y15ZR (2020)_16
Yamaha Y15ZR (2020)_17
Yamaha Y15ZR (2020)_18
Yamaha Y15ZR (2020)_19
Yamaha Y15ZR (2020)_20
Yamaha Y15ZR (2020)_21
Yamaha Y15ZR (2020)_22
Yamaha Y15ZR (2020)_23
Yamaha Y15ZR (2020)_24
Yamaha Y15ZR (2020)_25
Yamaha Y15ZR (2020)_26
Yamaha Y15ZR (2020)_27
Yamaha Y15ZR (2020)_28
Yamaha Y15ZR (2020)_29
Yamaha Y15ZR (2020)_30
Yamaha Y15ZR (2020)_31
Yamaha Y15ZR (2020)_32

Related

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM), Kapcai, motor moped, roda2, Supermoped, Warna Baharu, Yamaha, Yamaha Y15ZR (2020), Yamaha Y15ZR (2020) Facelift, Yamaha Y15ZR Facelift

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev