• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki NEX II (2020) perkenal Warna, Grafik Baharu Varian Standard di Indonesia, RM4.7k

Suzuki NEX II (2020) perkenal Warna, Grafik Baharu Varian Standard di Indonesia, RM4.7k

November 9, 2020 By Aryon Leave a Comment

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Indomobil Sales (SIS) memperkenalkan warna dan grafik baharu untuk model skuter taruhan NEX II (2020) untuk varian Standard supaya tampil lebih segar di pasaran.

NEX II Standard - Mat Stellar Blue
NEX II Standard - Pearl Bright Ivory
NEX II Standard - Titan Black

Ada tiga pilihan warna menarik ditawarkan untuk NEX II (2020) Standard, iaitu Met Mat Stellar Blue (biru), Pearl Bright Ivory (putih), dan Titan Black (hitam) yang mana ketiga-ketiga didatangkan dengan rekaan grafik baharu.

NEX II Elegant - Matt Bordeaux Red
NEX II Elegant - Matt Gray Firboin
NEX II Elegant - Solid Black

Bagi NEX II (2020) Elegant, pilihan warna kekal sama seperti model terdahulu, iaitu Mat Bordeaux Red (merah hati), Mat Gray Fibroin (kelabu) dan Solid Black (hitam), manakala pilihan warna Jackal Green dihentikan.

Ketua Jabatan Jualan dan Pemasaran Dua Roda SIS, Yohan Yahya berkata, Suzuki kekal tampil dengan karakter dinamik dan bergaya yang mewakili jiwa muda sebagai sasaran utama NEX II. Tambahan lagi pembeli Indonesia kini sangat memerlukan model motosikal kompak dan praktikal untuk memenuhi keperluan pengangkutan seharian.

“Justeru Suzuki yakin pilihan warna dan grafik baharu NEX II (2020) dapat menarik perhatian dan mewakili keperluan umum,” kata Yohan.

Perubahan lain, varian Standard dan Elegant untuk NEX II (2020) kini sudah didatangkan dengan tayar jenis tiubles dan rim baharu. Penggunaan dua komponen baharu itu memboleh skuter berkenaan memiliki ciri keselesaan tunggangan yang sama seperti model eksport.

NEX II dijana enjin 4-lejang 2-injap silinder tunggal 113cc SOHC penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI) yang dipadukan teknologi SEP (Suzuki Eco Performace) berkuasa 9.25hp, manakala transmisi jenis automatik CVT dan kapasiti tangki 3.6 liter. Skuter ini didatangkan dengan penghidup elektrik Suzuki Easy Start System

Sementara itu, tiada perubahan untuk varian lain seperti Fancy Dynamic dan NEX II Cross. Dua varian NEX II (2020) dijual pada harga Rp16.2 juta (RM4,710), manakala NEX II Cross berharga Rp16.1 juta (RM4,680) dan NEX II Fancy Dynamic Rp16.9 juta (RM4,910).

BACA >>> Suzuki Indonesia Perkenal Seragam Baharu Satria F150 (2020), Harga Kekal Sama RM7.1k
BACA >>> Indonesia Lancar Suzuki GSX-R150 Ecstar MotoGP Edition, Harga RM8.9k

NEX II Standard - Mat Stellar Blue
NEX II Standard - Mat Stellar Blue
NEX II Standard - Pearl Bright Ivory
NEX II Standard - Pearl Bright Ivory
NEX II Standard - Titan Black
NEX II Standard - Titan Black
NEX II Elegant - Matt Bordeaux Red
NEX II Elegant - Matt Bordeaux Red
NEX II Elegant - Matt Gray Firboin
NEX II Elegant - Matt Gray Firboin
NEX II Elegant - Solid Black
NEX II Elegant - Solid Black
suzuki-nexII-2020-wallpaper

Related

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, skuter, Suzuki, Suzuki Indomobil Sales (SIS), Suzuki Nex II, Suzuki NEX II (2020), Yohan Yahya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev