INI luar biasa, Aznom Palladium (2021) ialah kereta buatan Itali yang dipanggil limosin hiper dengan menampilkan kemasan serba mewah dan rekabentuk unik.
Model ini muncul untuk mengisi segmen niche dalam memenuhi cita rasa pembeli yang mahukan kelainan. Jumlah yang dikeluarkan pula sangat terhad, cuma 10 unit dan setiap satu dibikin mengikut kehendak pelanggan. Melihat foto sudah boleh mengagak saiz besar limosin in dengan dimensi tinggi hampir 2 meter, panjang 6 meter, dan lebar 2 meter.
Dari segi perspektif, 6 meter bersamaan 19.6 kaki atau 6,000mm.
BACA >>> Cadillac Escalade - SUV Limosin Paling Panjang di Malaysia Ini untuk Disewa, Sejam RM3k!
Antara kelebihan Palladium (2021) ialah kemampuan meredah pelbagai cabaran rupa bumi dalam sistem pacuan dua (2WD) atau empat roda (4WD).
CIRI AZNOM PALLADIUM
- Direka dengan evolusi gaya hasil sentuhan Alessandro Camorali daripada Studio CAMAL yang ditubuhkan pada 2008 di Torino, Itali.
- Dijana enjin V8 5.7L Biturbo talaan Monza Garage, berkuasa 710hp dan tork 950Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan.
- Sistem hibrid ringan (MHEV) eTorque boleh dipasang mengikut permintaan pelanggan.
- Walaupun berenjin besar (V8), tetapi boleh beroperasi dengan 4-silinder melalui mod Fuel Saver untuk penjimatan bahan api.
- Pam air elektronik buatan Monzatech berupaya menguruskan suhu enjin dan cecair intercooler dengan tetapan pantas (split second).
- Menggunakan sistem 2WD sebaik saja enjin dihidupkan dan boleh ditukar kepada sistem 4WD.
- Transmisi menggunakan diferensial kunci automatik (automatic locking differential) yang secara automatik membahagikan tork antara gandar depan dan belakang untuk memaksimumkan cengkaman setiap roda.
- Pemandu boleh mengunci diferensial (differential) secara manual.
- Brek cakera Brembo GT 408x34mm dengan kaliper 6-piston di depan, dan cakera 380x28mm dengan kaliper 4-piston di belakang.
- Rim aluminium solid 22 inci dengan tayar Yokohama Advan Sport 285/45ZR22.
- Ada brek parkir elektronik (EPB).
- Dipasangkan absorber Frequency Response Damping (RFD) yang berfungsi untuk membuka atau menutup injap.
- Stereng dengan motor elektrik (EPS) sebagai punca kuasa.
- Ada 6-beg udara dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).
- Upholsteri dibalut kulit Foglizzo, saiz but 621 liter.
- Ada dua sistem penyaman udara terpisah dengan tetapan suhu berbeza untuk penumpang belakang.
- Dilengkapi sistem audio Harman Kardon dan dua tablet Microsoft Surface X PRO untuk penumpang belakang.
Dengan saiz besar begini, berapakah berat Palladium? Berat kerb (curb weight), iaitu tanpa penumpang, ialah 2,650 kg. Namun, ini bukan limosin yang boleh dipandu perlahan. Walaupun kelajuan maksimum dihadkan 210kmj, tetapi pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 4.5 saat!
BACA >>> Lister Stealth - SUV Luar Biasa dengan Kuasa 666bhp, Tork 881Nm!
Leave a Reply