• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda CR-V (2020) Facelift Lancar di Malaysia dengan Varian Baharu Harga RM162k

Honda CR-V (2020) Facelift Lancar di Malaysia dengan Varian Baharu Harga RM162k

November 5, 2020 By Han Othman Leave a Comment

534
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia hari ini melancarkan CR-V (2020) versi dipertingkat (facelift) baharu di semua pengedar Honda seluruh negara yang mana pratempahan sudah dibuka sejak Oktober lalu.

Harga CR-V (2020) facelift selepas pengecualian cukai jualan, tanpa insurans adalah seperti di bawah:

  • 1.5L TC-P 4WD - 162,910.18 (varian baharu)
  • 1.5L TC-P 2WD - 157,615.91
  • 2.0L 2WD - 139,912.53

BACA >>> 5 Model Kereta Paling Selamat untuk Kanak-Kanak Mengikut Rating Asean NCAP
BACA >>> Jepun Lancar Honda CR-V BLACK EDITION dengan Pilihan 7-Kerusi

Berikut beberapa fakta dan spesifikasi mengenai CR-V (2020) facelift:

  • CR-V ialah model pemasangan tempatan (CKD) pertama Honda Malaysia yang dikeluarkan dari kilang Melaka pada 2003 dengan perkongsian pasaran lebih 104,000 unit terjual.
  • Sejak dilancarkan pada 2017, lebih 36,000 unit CR-V generasi kelima berada atas jalan Malaysia yang menyumbang 19 peratus kepada pasaran segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) bukan nasional.
  • Rekabentuk depan menampilkan gril hitam baharu dengan lampu utama LED signatur Honda. Bampar depan menampilkan fasia krom gaya sayap baharu, Wing-Style Chrome Fascia.
  • Rekabentuk belakang pula menggunakan kemasan krom gelap baharu, New Rear Dark Chrome dan lampu belakang gelap New Smoked Finish Taillights. Bampar belakang turut menggunakan kemasan Wing-Style Chrome Fascia, manakala paip ekzos juga baharu dengan kemasan New Tail Pipe Finisher.
    honda-crv-facelift-2020-4
    honda-crv-facelift-2020-5
  • Sistem lampu jenis LED penuh untuk lampu utama, lampu siang (DRL), lampu belakang dan lampu kabus depan.
  • Ada but elektrik bebas tangan yang boleh dibuka dengan menggerakkan kaki bawah bampar belakang untuk buka atau tutup automatik.
  • Masih mengekalkan prestasi 4WD dinamik dengan Sistem Kawalan Pintar untuk memindahkan tork tanpa masalah lengah dan menyediakan kuasa optimum ke roda belakang untuk traksi dan kawalan lebih baik.
  • Tempahan kini dibuka di 101 wakil pengedar sah Honda Malaysia seluruh negara. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian bebas tol Honda, 1-800-88-2020, atay layari www.honda.com.my.
Spesfikasi CRV 1.5 TC -P 4WD

  • Enjin 4-silinder 16 injap 1.5L DOHC VTEC Turbo berkuasa 190hp @ 5,600rpm dan tork 243Nm @ 2,000rpm-5,000rpm dengan transmisi CVT.
  • Pecutan 0-100kmj 9.3 saat, kelajuan maksimum 200kmj.
  • Suspensi jenis strut MacPherson di depan dan Multilink di belakang.
  • Dimensi panjang 4,623mm, lebar 1,855mm dan tinggi 1,689mm, manakala jarak roda 2,660mm.
  • Kapasiti but 522 liter, dan tambahan hingga 1,084 liter jika kerusi belakang direbahkan.
  • Rim aloi 18 inci dwi-tona dan tayar 235/60 R18.
  • Unit infotainment 7 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, bersama lapan pembesar suara.
  • Ada ciri keselamatan seperti 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Kendali Tangkas (AHA), Pegun Brek Auto (ABH), Bantuan Mula Daki (HSA), Signal Henti Kecemasan (ESS), pemantau perhatian pemandu (DAM), dan penggera keselamatan dengan imobiliser.
  • Ada sistem bantuan pemandu Honda Sensing, terdiri daripada lapan ciri berikut:
    • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
    • Susur Halaju-Perlahan (LSF)
    • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
    • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
    • Amaran Tukar Lorong (LDW)
    • Mitigasi Tukar Jalan (RDM)
    • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
    • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Ada Honda LaneWatch sebagai menjadi ciri keselamatan standard baharu. Sistem ini menggunakan kamera yang dipasangkan pada cermin sisi penumpang depan dengan visual dipaparkan pada skrin unit infotainmen apabila membelok atau menukar lorong.
honda-crv-baharu-2020-tempahan-1
honda-crv-facelift-2020-1
honda-crv-facelift-2020-2
honda-crv-facelift-2020-7
honda-crv-facelift-2020-5
honda-crv-facelift-2020-16
honda-crv-baharu-2020-tempahan-2
honda-crv-facelift-2020-1
honda-crv-facelift-2020-13
honda-crv-facelift-2020-11
honda-crv-facelift-2020-12
honda-crv-facelift-2020-9
honda-crv-facelift-2020-10
honda-crv-facelift-2020-4
honda-crv-facelift-2020-18
honda-crv-facelift-2020-4
honda-crv-facelift-2020-3
honda-crv-facelift-2020-3
honda-crv-facelift-2020-5
honda-crv-baharu-2020-tempahan-4
honda-crv-baharu-2020-tempahan-3

Related

534
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda, Honda CR-V (2020) Facelift, Honda CR-V facelift, Honda Malaysia, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV kompak, SUV Segmne-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev