ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang berharga RM103,000. Apa yang spesial tentang model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu ini?
Dalam reviu ini juga Abang Gan akan menjawab beberapa persoalan umum mengenai SUV subkompak itu seperti adakah berbaloi dibeli? Apakah ciri istimewa ditawarkan? Sebagai pemilik X70 tanpa membandingkan beza segmen, adakah X50 lebih baik?
Secara ringkasnya, X50 didatangkan dalam dua pilihan enjin:
- 3-silinder 1.5T (148hp @ 5,500rpm, 226Nm @ 1,500-4,000rpm) - Standard, Executive dan Premium
- 3-silinder 1.5 TGDi (175hp @ 5,500rpm, 255Nm @ 1,500-4,000rpm) - Flagship
Semua varian X50 dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dengan mod manual dalam konfigurasi pacuan roda depan (FWD) sahaja, tiada versi pacuan semua roda (AWD) seperti X70.
Sebagai makluman, trenkuasa 1.5T ialah enjin baharu jenis turbo dengan suntikan multipoin (MPI), dibangunkan Geely khas untuk X50 pasaran Malaysia. Enjin ini belum pernah digunakan model Binyue (atau Coolray) di pasaran China atau negara lain.
Antara ciri istimewa dimiliki X50 ialah Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) 2.0 yang lebih maju daripada X70.
BACA >>> Perbandingan: Proton X50 vs 6 Model SUV Segmen-B di Malaysia Sepanjang 2020
BACA >>> #Videotomotif: Apa Kata Abang Gan Selepas Tengok Proton X50?
BACA >>> Perbandingan: Geely Coolray Filipina vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
Leave a Reply