• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Wave RSX Fi 110 (2020) Tanpa Suis Lampu Lancar di Vietnam, Harga Mula RM3.8k

Honda Wave RSX Fi 110 (2020) Tanpa Suis Lampu Lancar di Vietnam, Harga Mula RM3.8k

November 4, 2020 By Aryon Leave a Comment

616
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Vietnam memperkenalkan Wave RSX Fi 110 (2020) baharu yang didatangkan dengan seragam baharu dan tanpa suis lampu, sama seperti model Honda baharu lain. Ini bermakna lampu utama terpasang automatik sebaik saja enjin dihidupkan.

Secara keseluruhan, tidak banyak perubahan ditampilkan Wave RSX Fi 110 (2020) berbanding model terdahulu. Seragam baharu kali ini tampil lebih sporty menerusi rekaan grafik tajam, dan kelihatan perkataan 'Sport' tertera pada fairing dengan kombinasi warna lebih meriah. Logo RSX kini dalam tiga dimensi (3D) yang lebih memikat mata memandang.

BACA >>> Honda Wave Alpha (2020) Vietnam Kini dengan Lampu Nyala Automatik Tanpa Suis

Selain suis lampu yang ditiadakan, ciri khas lain dimiliki kapcai bajet ini ialah kunci elektrik 4-dalam-1, terdiri daripada kunci magnetik, kunci leher dan kunci pelana. Walaupun tidak semoden kunci pintar, sistem kunci  ini mudah digunakan majoriti penunggang. Ruang storan bawah pelana mampu memuatkan barangan kecil dan helmet saiz penuh.

Aspek mekanikal tidak berubah, dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 110cc penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 8.6hp @ 8,600rpm dan tork 8.7Nm @ 6,000rpm, manakala transmisi jenis rotari 4-kelajuan.

Wave RSX Fi 110 (2020) baharu ini akan berada di pasaran Vietnam pada 16 November ini pada harga 24.69 juta dong (RM4,420) untuk varian brek cakera dan rim sport, dan 22.69 juta dong (RM4,060) untuk brek cakera dan rim jejari, manakala 21.69 juta dong (RM3,880) untuk brek dram dan rim jejari.

Atas jalan, model ini akan bersaing dengan  Yamaha Sirius Fi, berharga 20.34 juta (RM3,640) - 23.69 juta (RM4,240).

BACA >>> Kapcai Bajet Aveta Ranger 110 Bakal Lancar Bulan Depan, Harga RM3.5k Sahaja!

honda-wave-rsx-110-fi-vietnam-brek-cakera-1
honda-wave-rsx-110-fi-vietnam-brek-cakera-2
honda-wave-rsx-110-fi-vietnam-brek-cakera-3
honda-wave-rsx-110-fi-vietnam-brek-cakera-4
honda-wave-rsx-110-fi-vietnam-brek-dram-1
honda-wave-rsx-110-fi-vietnam-brek-dram-2
honda-wave-rsx-110-fi-vietnam-brek-dram-3
honda-wave-rsx-110-fi-vietnam-brek-dram-4
honda-wave-rsx-110-fi-vietnam-1
honda-wave-rsx-110-fi-vietnam-2
honda-wave-rsx-110-fi-vietnam-3
honda-wave-rsx-110-fi-vietnam-4
honda-wave-rsx-110-fi-vietnam-5
honda-wave-rsx-110-fi-vietnam-6
honda-wave-rsx-110-fi-vietnam-7
honda-wave-rsx-110-fi-vietnam-8
honda-wave-rsx-110-fi-vietnam-9
honda-wave-rsx-110-fi-vietnam-10

Related

616
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Honda Vietnam, Honda Wave RSX 110 Fi, Kapcai, kapcai bajet, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev