• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / MPV 6-Kerusi Wuling Victory (2021) Lancar di China, Harga Mula RM53.3k

MPV 6-Kerusi Wuling Victory (2021) Lancar di China, Harga Mula RM53.3k

November 3, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR automobil dari China, Wuling Motors secara rasmi melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) saiz pertengahan, Victory (2021) untuk pasaran Negara Tembok Besar itu.

MPV 6-penumpang tiga baris tempat duduk itu ialah model Wuling pertama menampilkan lencana perak global baharu dan bakal dieksport susulan debut di pasaran domestik.

Victory (2021) ditawarkan dalam empat varian pada harga antara 85,800 yuan (RM53,300) dan 116,800 yuan (RM72,560).

Semua varian dijana trenkuasa sama iaitu enjin 4-silinder 1.5L turbo berkuasa 148hp dengan pilihan transmisi manual 6-kelajuan dan automatik CVT.

Juga ditawarkan varian lebih mewah dengan konfigurasi 4-kerusi yang disertakan dua kerusi kapten boleh gelungsur-baring  di baris kedua. Kerusi ini mempunyai perehat kaki bebas dan boleh  gelungsur 560mm untuk memberikan esktra ruang.

Antara ciri disediakan MPV buatan China ini ialah upholsteri kulit lembut dan fabrik, kerusi ergonomik di tempat duduk baris pertama dan kedua, dan material kalis bunyi dan dua lapisan kaca kalis bunyi 4mm untuk ruang kabin lebih senyap.

Victory (2021) juga menawarkan penapis udara PM2.5 dan generator ion negatif untuk menghalang habuk, virus dan bakteria bagi mewujudkan persekitaran dalaman lebih sihat menerusi perlindungan tahap N95.

Ciri keselamatan pula dilengkapi Program Stabiliti Elektronik (ESP) 9.3 Bosch, sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), dan 6-beg udara serta empat kamera luaran.

Wuling juga merancang meluaskan produk ke pasaran global menerusi pembangunan barisan model serba baharu dan Victory (2021) salah satu daripadanya. Laporan China mendakwa Eropah akan menjadi pasaran eksport pertama yang bakal menerima MPV berkenaan bermula 2022.

BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Splash - MPV Mini yang Dibikin Khas untuk Pengguna Eropah
BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah Tip Panaskan Enjin Kereta Tanpa Bazir Minyak, Cemar Alam

GALERI
wuling-victory-china-1
wuling-victory-china-2
wuling-victory-china-3
wuling-victory-china-4
wuling-victory-china-5
wuling-victory-china-6
wuling-victory-china-7
wuling-victory-china-8
wuling-victory-china-9
wuling-victory-china-10
wuling-victory-china-11
wuling-victory-china-12
wuling-victory-china-13
wuling-victory-china-14
wuling-victory-china-15
wuling-victory-china-16
wuling-victory-china-17
wuling-victory-china-18
wuling-victory-china-19
wuling-victory-china-20

SUMBER: CarScoops

Related

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, China, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Roda4, Wuling, Wuling Victory

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev