PERODUA mencatatkan rekod bulanan tertinggi pada Oktober lalu, iaitu sebanyak 26,852 unit, sekali gus memecah rekod bulan lalu (25,035 unit) yang juga rekod jualan bulanan tertinggi sepanjang sejarah pengeluar nasional itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sepanjang Oktober lalu, Perodua membeli membelanjakan RM600 juta untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan.
Ini memberikan kesan pengganda ekonomi besar terhadap ekosistem automotif tempatan membabitkan sektor langsung dan sektor tidak langsung yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.
BACA >>> #Videotomotif: Dua Pemilik Ini Kongsi Cerita Sebab Apa Pilih Perodua Myvi?
Zainal berkata;
Dari segi kapasiti pengeluaran, kami secara purata berada 98 peratus pada Oktober 2020 dengan 26,362 unit kenderaan, yang juga pengeluaran bulanan tertinggi dari kilang kami di Sungai Choh.
“Kejayaan ini dicapai dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang diikuti setiap kakitangan dan rakan niaga kami, termasuk bekerja dari rumah dan ujian mandatori untuk mereka di zon merah, bersama SOP asal yang diperkenalkan pada Mei.
“Dengan komitmen pembekal, pengedar sah kami dapat menjual lebih banyak kenderaan dan paling penting, memastikan kepuasan pelanggan kami kerana kenderaan Perodua dihantar dalam tempoh terdekat.”
Sepanjang Oktober lalu, Perodua menjual Myvi sebanyak 8,052 unit, Axia (6,738 unit), Bezza (6,895 unit), Aruz (3,193 unit) dan Alza (1,974 unit). Tiga model teratas kekal sebagai kenderaan terlaris di Malaysia setakat tahun ini.
Menurut Zainal lagi;
Strategi seterusnya adalah memanfaatkan penawaran nilai dan kualiti dalam produk dan perkhidmatan kami kepada rakyat Malaysia. Dari segi penyelenggaraan kenderaan, alat ganti kami mencukupi untuk memenuhi setiap keperluan anda kerana kebanyakannya dikilang secara tempatan.
“Kami sedang berusaha mengekalkan momentum jualan dan pengeluaran ini bagi memastikan penghantaran kekal tinggi dan pelanggan berpuas hati dengan menyediakan kesiapsediaan semua produk dan perkhidmatan kami.”
Sepanjang November ini, Perodua menawarkan penebusan tunai hingga RM1,500 untuk Perodua Aruz ke atas jumlah pengecualian cukai semasa, tertakluk pada terma dan syarat.
Selain itu, Perodua turut memberikan rebat tunai hingga RM2,00 untuk kenderaan terpakai hingga 31 Disember tahun ini di pusat jualan Perodua KL di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
Sila layar www.perodua.com.my, hubungi atau kunjungi mana-mana pusat jualan Perodua untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai tawaran terkini Perodua.
BACA >>> 11 Orang Ini Patut Beli Kereta Terpakai Saja! Jangan Nak 'Eksyen' Lebih Naa...
Leave a Reply