JIKA dahulu syarikat AP sering menjadi tumpuan pembeli-pembeli Toyota Alphard mahupun Vellfire. Kini, orang ramai mempunyai pilihan dengan mendapatkan model MPV premium itu di bilik pameran UMW Toyota.
Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Toyota Alphard hadir dalam dua varian iaitu Alphard 3.5L Executive Lounge dan Alphard 3.5L. Manakala Toyota Vellfire pula didatangkan dalam satu varian.
HARGA:(atas jalan termasuk GST dan insurans)
- Toyota Vellfire 2.5L - RM355,000
- Toyota Alphard 3.5L - RM419,900
- Toyota Alphard 3.5L Executive Lounge - RM519,900
JAMINAN:
Jika anda beli di bilik pameran AP, ia tidak menawarkan jaminan yang lama tetapi sebaliknya di UMW Toyota. Kesemua varian Toyota ditawarkan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.
PRESTASI:
Bagi Toyota Alphard, kedua-dua varian ini dipadankan dengan enjin 3.5L V6 DOHC dengan Dual VVT-i yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 267hp pada 6,200rpm dan tork puncak 340Nm (4,700rpm).
Manakala model Vellfire pula dilengkapi enjin 2.5L 4-silinder DOHC dengan Dual VVT-i. Hasil bantuan kotak gear CVT, ia mampu menghamburkan kuasa 178hp pada 6,000rpm dan tork 235Nm (4,100rpm).
LUARAN:
Dari aspek luaran, kedua-dua MPV mewah ini memiliki rekaan luaran yang hampir sama. Cuma perbezaan utama adalah dari segi gril di mana Alphard tampak lebih garang dan menarik.
KESELAMATAN TIADA KOMPROMI:
- 7 beg udara SRS
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Agihan Brek Elektronik (EBD)
- Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
- Kawalan Traksi
MULA BERADA DI BILIK PAMERAN 19 OGOS:
Bagi anda yang mahu melihat lebih dekat, bolehlah kunjungi bilik pameran Toyota mulai 19 Ogos 2016.
Maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota Malaysia di 1-800-8-TOYOTA (869682).
Leave a Reply