• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Siar Video Acah Navara Baharu, Lancar 5 November Ini

Nissan Siar Video Acah Navara Baharu, Lancar 5 November Ini

November 2, 2020 By Azhan O Leave a Comment

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Motor Global menerusi akaun Twitter menyiarkan video acah Navara baharu dengan mengimbas semula 80 tahun perjalanan Nissan dalam pembuatan model kenderaan komersial.

Video klip 41 saat itu juga seakan memberi bayangan yang Navara baharu dibangunkan berasaskan pengalaman ditempuhi Nissan sepanjang lapan dekad lalu.

Akhir video kelihatan imbasan siluet rupa depan Navara versi dipertingkat yang mana kelibat model trak pikap tersebut itu sudah beberapa kali bocor di media sosial.

How do you say over 80 years of strength, reliability and ruggedness in a single word: #Navara.
See how #Nissan is redefining Navara Nov. 5! #NissanNavara #NewNissanNavara #NissanNext pic.twitter.com/yp6S5mr6Oz

— Nissan Motor (@NissanMotor) October 26, 2020

Ini bermakna gambaran rupa sudah bukan lagi rahsia. Rekabentuk lampu jelas sekali menggunakan lampu siang (DRL) LED bentuk bumerang dan kluster kiub ais untuk lampu utama, sama seperti dilihat pada model Porsche dan Kia.

nissan-navara-facelift-2021-1
nissan-navara-facelift-2021-2

Navara juga bakal melakukan debut pada 5 November ini, tetapi belum didedahkan negara mana yang menjadi destinasi pertama kunjungan trak pikap itu.  Mungkinkah negara jiran Thailand, atau Australia kerana kedua-dua negara memiliki pasaran trak pikap yang besar?

Pasaran tempatan dijangka membawa masuk Navara baharu ini tahun depan kerana buat masa ini wakil pengedar rasmi Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) perlu memberikan tumpuan dulu kepada Almera Turbo serba baharu yang baru saja diumumkan harga semalam.

BACA >>> Nissan Almera Turbo Umum Harga di Malaysia, Bermula RM79.9k hingga RM91.3k!
BACA >>> #PanduUji: Nissan Navara VL Plus yang Kena 'Move On'!

Related

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Nissan Motor Global, Nissan Navara, Nissan Navara (2021), Nissan Navara (2021) Baharu, Roda4, teaser, Trak pikap, Video Acah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev