• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Trident 660 (2021) Lancar, Dijangka Masuk Malaysia Suku Pertama 2021

Triumph Trident 660 (2021) Lancar, Dijangka Masuk Malaysia Suku Pertama 2021

October 31, 2020 By Wahid 1 Comment

989
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TRIUMPH Trident 660 (2021)
 dilancarkan secara langsung menerusi laman YouTube rasmi pengeluar dari Britain itu, Official Triumph Motorcycles, semalam.

Nama 'Trident' ialah nama model Triumph yang sudah terkenal selain 'Bonneville', dan kini disenaraikan semula dalam barisan produk jenama itu. Model serba baharu ini tampil dalam gaya roadster atau lebih dikenali sebagai naked dan diuarkan sebagai model mampu milik berbanding model terdahulu.

BACA >>> Triumph Dedah Prototaip Konsep Trident (2021), Middleweight Enjin 3-Silinder Baharu

Menariknya, Trident 660 (2021) dilengkapi ciri yang hanya boleh ditemui pada model motosikal lebih premium.

Kita bermula dengan trenkuasa, Trident  terdahulu dijana enjin 3-silinder DOHC penyejukan cecair baharu yang tidak berkongsi komponen Triumph lain. Model ini menghasilkan tork 64Nm @ 6,250rpm dan 80hp @ 10,250rpm.

Perhatikan, ada perbezaan 4,000rpm antara tork dan kuasa yang menunjukkan Trident 660 (2021) mudah dipecutkan tanpa mengira apa jua posisi gear dan kelajuan.

Tork dan kuasa enjin dihantar ke transmisi 6-kelajuan yang dibantu ciri klac antigelincir Assists and Slipper (A&S). Teknologi terotel menggunakan sistem elektronik Ride-by-Wire yang membenarkan mod kuasa enjin dan kawalan traksi. Bagaimanapun model ini tidak dilengkapi ciri Quick Shifter sebagai standard, tetapi masih boleh dibeli sebagai aksesori tambahan.

Casis Trident 660 (2021) menggunakan komponen bermutu tinggi seperti Fork Fungsi Pisah (SFF) di depan dan monoshock Showa RSU di belakang. Sistem brek dipasangkan dwi-cakera 310mm dan kaliper Nissin di depan, dengan ABS dwi-saluran (dual-channel) sebagai standard.

BACA >>> Ducati Scrambler 1100 PRO, 1100 Sport PRO Kini di Malaysia, Harga Mula RM75k!

Akhir sekali, model ini dilengkapi kluster instrumen TFT baharu dengan fungsi My Triumph Connectivity System, terdiri daripada navigasi belok-demi-belok (turn-by-turn navigation), kawalan kamera GoPro, dan sambungan muzik dan telefon secara Bluetooth ke telefon pintar.

Menurut Triumph Motorcycles Malaysia, model Trident 660 (2021) dijadualkan tiba di pasaran tempatan pada suku pertama 2021. Harga tidak didedahkan, tetapi di UK dijual pada harga £7,195 (RM38,680).

Sila layari laman Facebook Triumph Motorcycles Malaysia> untuk keterangan lebih lanjut.

BACA >>> ''Road Tax' Motosikal Kini Boleh Diperbaharui di MyEG

GALERI
triumph-trident-2021-1
triumph-trident-2021-2
triumph-trident-2021-3
triumph-trident-2021-4
triumph-trident-2021-6
triumph-trident-2021-8
2021 Triumph Trident 660-3
2021 Triumph Trident 660-1
2021 Triumph Trident 660-2
2021 Triumph Trident 660-4
2021 Triumph Trident 660-5
2021 Triumph Trident 660-6
2021 Triumph Trident 660-7

Related

989
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roadster, roda2, Triumph, Triumph Motorcycles, Triumph Motorcycles Malaysia, Triumph Trident 661 (2021)

Comments

  1. Jan says

    November 1, 2020 at 1:14 PM

    kalau masuk malaysia, mungkin harga dah 40k ++

    Honda Cb650r lagi power, 90hp++

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev