PENGELUAR motosikal Thailand, GPX melancarkan model kapcai bajet baharu, Rock 110 yang mengambil ilham rekabentuk ala Honda EX-5 dengan diberikan sentuhan lebih maskular pada harga bermula.
Rock 110 disasarkan kepada penunggang yang sukakan motosikal gaya klasik dengan elemen muda dan dinamik. Sekali pandang, ia mirip Honda EX-5 dan itu bukan kali pertama GPX menghasilkan rekabentuk model seperti jenama popular.
Terdahulu, GPX melancarkan POPz 125 yang mirip Honda Super Cub, dan Demon yang tampil seakan Ducati Diavel mini.
BACA >>> GPX Racing Popz 110 (2020) Kini di Malaysia, Harga RM5.2k Sahaja!
BACA >>> GPX Demon 150GR aka Panigale Mini Kini di Malaysia, Harga RM9,800 Sahaja!
Secara keseluruhan, Rock 110 menampilkan gaya klasik seperti Honda EX-5 yang diberikan sentuhan lebih segar menerusi skema warna berani dan ciri motosikal moden. Tinggi pelana 780mm, dan kapasiti tangki minyak 4 liter, manakala berat kapcai ini 100kg.
Menariknya Rock 110 menggunakan sistem lampu LED penuh yang mana bentuk heksagon lampu utama mengingatkan kita kepada Vespa Sprint. Rekaan pemuka digital penuh turut menarik perhatian dengan saiz agak besar untuk paparan maklumat jelas seperti spidometer, odometer, jam, dan posisi gear.
Bergantung varian, Rock 110 dibezakan dengan pilihan sistem suspensi fork teleskopik di depan dan absorber kembar di belakang, serta opsyen rim aloi atau jejari. Lagi menarik perhatian tentang kapcai ini ialah rak atas madgad depan yang menjadi ciri popular kapcai Thailand dan Vietnam era 90-an dulu.
Trenkuasa Rock 110 dipacu enjin 4-lejang 109cc dengan teknologi suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 8.3hp @ 8,500rpm dan tork 8.3Nm, manakala transmisi jenis klac rotari 4-kelajuan. Di Thailand, Rock 110 ditawarkan dalam tiga varian, Sport, Racing dan Elegance yang dibezakan absorber belakang pada harga antara 35,900 baht (RM4,790) dan 37,900 baht (RM5,060).
BACA >>> Tempahan Awal GPX Legend Gentleman 200 Sudah Dibuka, Harga RM11k!
GALERI
SUMBER: GPXThailand
Leave a Reply