• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Lancar Suzuki GSX-R150 Ecstar MotoGP Edition, Harga RM8.9k

Indonesia Lancar Suzuki GSX-R150 Ecstar MotoGP Edition, Harga RM8.9k

November 2, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEWAKILI karakter jiwa sporty dan agresif generasi muda, Suzuki GSX-R150 di Indonesia menerima reputasi positif dan menerima tempat tersendiri sebagai motor terlaju dalam kategori sport 150cc.

Seiring momentum bersejarah ulang tahun ke-100 Suzuki global, dan 50 tahun di Indonesia, serta lonjakan prestasi pasukan Suzuki Ecstar dalam Kejuaraan Dunia MotoGP, Suzuki Indomobil Sales (SIS) memperkenalkan model edisi khas Suzuki GSX-R150 MotoGP Edition (2020).

Penampilan GSX-R150 MotoGP Edition (2020) diilhamkan daripada GSX-RR yang digunakan pasukan Suzuki Ecstar MotoGP 2020 dan turut digunakan barisan famili GSX-R lain.

Bahagian badan disembur warna Solarize Silver Metallic Triton Blue yang kali pertama digunakan jentera lumba Suzuki dalam kejuaraan Isle of Man's Trophy Tourist 1960.  Dua tahun kemudian, pelumba Ernst Degner menjuarai perlumbaan pertama buat Suzuki dengan meraih gelaran Kejuaraan Dunia pertama pasukan tersebut dalam kategori 50cc.

Suzuki GSX-R150 MotoGP Edition (2020)_6
Suzuki GSX-R150 MotoGP Edition (2020)_7
Suzuki GSX-R150 MotoGP Edition (2020)_1

Gaya seragam itu kembali popular selepas digunakan pasukan lumba MotoGP Suzuki tahun ini. Walaupun dikeluarkan sebagai model edisi khas, GSX-R150 MotoGP Edition (2020) ini masih ditawarkan pada harga mampu milik, iaitu Rp31.6 juta (RM8,950) untuk varian Keyless Ignition-Non ABS.

Selain itu, SIS turut menyegarkan semula seragam baharu Suzuki GSX-R150 Special Edition untuk varian Keyless Ignition - Non ABS dalam tiga pilihan warna: MB Daytona Yellow, Titan Black-Rouge Red CW dan Stronger Red-Titan Black.

GSX-R150 menawarkan prestasi, bentuk badan kompak dan teknologi terkini yang dijana enjin 150cc DOHC dengan teknologi suntikan bahan api berkuasa 14.1hp @ 10,500 rpm dan tork 14Nm @ 9000rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.

Ciri lain GSX-R150 ialah kluster instrumen digital, sistem penghidup tanpa kunci (keyless), dan lampu utama LED.

BACA >>> Suzuki Malaysia Akan Bawa Masuk Gixxer?
BACA >>> Prototaip R25 dengan Enjin 4-Silinder Kini di Fasiliti Yamaha Indonesia?

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Ernst Degner, roda2, sportbike, sportbike 150cc, Suzuki, Suzuki Ecstar, Suzuki GSX-R150 MotoGP Edition (2020), Suzuki Indonesia

Comments

  1. lol says

    November 2, 2020 at 11:45 PM

    typo tu

    GSXR 150 mampu menhasilkan 19.1 HP bukan 14.1

    kalau 14.1, belang lagi laju

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev