• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bisnes Makin Bagus, Nissan Mahu Tambah Lebih 2,000 Pekerja di Thailand

Bisnes Makin Bagus, Nissan Mahu Tambah Lebih 2,000 Pekerja di Thailand

October 30, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

616
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEBELAKANGAN ini tidak banyak berita positif mengenai prestasi perniagaan Nissan kita dengar. Pada Mac lalu, pengeluar dari Jepun itu dilaporkan mahu menghentikan pengeluaran kenderaan di Indonesia.

Di pasaran Malaysia, Almera baharu dengan enjin turbo baru saja diperkenalkan yang akan menyaingi Honda City baharu pada harga cukup menarik, bermula RM80,000 hingga bawah RM100,000. Sesi pandu uji sedan segmen-B itu juga sudah dibuka kepada pelanggan tewpatan.

Sementara itu, apa khabar pula Sylphy atau Sentra baharu? Sedan itu dilihat mampu menyaingi Honda Civic dan Toyota Corolla, tetapi masih belum ada pengesahan konkrit.

BACA >>> ETCM Tawar Pakej Aksesori Nissan Almera Turbo, Harga Mula RM400

Bagaimanapun, di sebalik berita itu, muncul perkembangan positif dari Nissan. Sebagai respon sambutan kenderaan dikeluarkan di Thailand, Nissan kini meningkatkan jumlah pengeluaran di kilangnya di Samut Prakan. Lebih menggembirakan, pengeluar itu mensasarkan menggajikan lebih 2,000 pekerja di hab pengeluaran Asean tersebut.

Presiden Nissan di Thailand, Ramesh Narasimhan berkata, peningkatan jumlah pengeluaran ini seiring pertumbuhan perniagaan eksport, terutama model Kicks e-POWER dan Navara. Malah, di Thailand sendiri terdapat permintaan tinggi untuk Almera baharu dan Kicks e-POWER.

TEKNOLOGI E.-POWER DI THAILAND

Enjin teknologi e-POWER yang digunakan Nissan Kicks.

Kilang Nissan terletak berhampiran Bangkok itu mengeksport kenderaan ke lebih 100 negara dunia. Malah baru-baru ini mengumumkan pelaburan bernilai jutaan bilion baht untuk mengeluarkan teknologi e-POWER di Thailand yang juga lokasi pertama luar Jepun.

e-POWER ialah teknologi dibangunkan Nissan untuk pengalaman pemanduan elektrik tanpa perlu mengecas bateri yang mana enjin berfungsi sebagai generator tenaga kepada sistem elektrik. Kilang di Thailand mengeluarkan Kicks e-POWER untuk pasaran domestik dan negara luar seperti Jepun, Singapura dan Indonesia.

Peningkatan kenderaan buatan Thailand menunjukkan kualiti pasukan dan produk kami. Pelaburan dan tambahan peluang pekerjaan akan menyumbang secara positif kepada rangkaian pembekalan automotif dan ekonomi Thailand," kata Ramesh.

Nissan Magnite
Nissan Rogue
Nissan Z Proto

Rancangan dan tindakan diambil Nissan adalah perkembangan menarik ketika dunia sedang menghadapi pandemik Covid-19. Nissan juga sudah mula menawarkan Rogue (X-Trail) baharu di Amerika Syarikat (AS) dan memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B, Magnite di India yang juga bakal ditawarkan di negara lain.

Ini termasuk menguji trak pikap Navara baharu, manakala model konsep Z Proto pula menerima perhatian ramai. Ini semua perkembangan menarik mengenai Nissan.

BACA >>> Nissan X-Trail (2021) Mula Jual di Amerika, Harga Mula RM106k
BACA >>> Nissan Magnite Diperkenal dengan Enjin 3-Silinder 1.0 Turbo, Sama Seperti Almera

Related

616
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kilang Nissan Samut Prakan, Nissan, Nissan e-POWER, Nissan Kicks e-POWER, Nissan Thailand, Ramesh Narasimhan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev