• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Altima (2021) Facelift Lancar di Amerika, Apa Nasib Teana Malaysia?

Nissan Altima (2021) Facelift Lancar di Amerika, Apa Nasib Teana Malaysia?

October 28, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

492
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGENALAN Nissan Almera Turbo baharu membangkitkan minat ramai terhadap sedan tersebut untuk kembali berentap dengan pesaing popular seperti Honda City dan Toyota Vios.

Kemudian muncul pula Maxima yang menampilkan rekabentuk lebih mengancam berbanding Almera. Rekabentuk model sedan baharu Nissan memang menyerlah, dan bukan setakat Maxima, kami juga pernah mengeluarkan artikel mengenai Sentra (Sylphy) dengan konsep rekabentuk sama.

BACA >>> Nissan Maxima 40th Anniversary Edition, Abang Besar Almera dengan Enjin 3.5L V6, 300hp!
BACA >>> Nissan Almera Turbo Buka Tempahan, Harga Mula RM80k, Petrol Penuh 650km!

Dari siri sedan itu, ada satu lagi model penumpang hebat, iaitu Altima. Jika Maxima mungkin asing buat pengguna tempatan, Altima pula lebih hampir kerana model generasi kelima itu, juga Teana generasi ketiga, ialah model sama yang dipasarkan di Malaysia beberapa tahun lalu.

Jadi apa nasib Teana baharu?

Mungkin terhenti setakat generasi ketiga saja kerana pasaran tempatan masih tidak ditawarkan model dipertingkat (facelift) 2019 seperti Thailand. Tambahan pula selera tempatan masa kini lebih cenderung memilih kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C sekiranya seseorang itu memiliki bajet untuk sedan segmen-D.

Di Amerika Syarikat (AS), Nissan baru saja mengumumkan Altime versi facelift edisi 2021. Itu bukan model baharu, dan kini sudah masuk tahun ketiga di pasaran.

Di sana juga, Altima (2021) facelift ditawarkan dalam pelbagai gred seperti S, SV, SR, SL dan Platinum supaya selari dengan sedan Nissan lain. Dalam barisan varian itu, Altima SV Premium Package dilengkapi bumbung bulan (moonroof), kerusi depan dengan pemanas dan Intervensi Laluan Pintar (Intelligent Lane Intervention).

Selain itu, Altima spesifikasi AS ini turut ditawarkan dalam konfigurasi pacuan semua roda (AWD) dan dua pilihan enjin, 2.0L VC Turbo dan 2.5L aspirasi natural (NA). Dari segi keselamatan dibekalkan Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Pintar Perlanggaran Depan (iPCW) dan Peringatan Pintar Pemandu (DIR) sebagai ciri standard untuk semua varian.

Enjin 2.5L DOHC dengan teknologi suntikan terus (DI) mempunyai kuasa 188hp dan tork 244Nm untuk versi pacuan roda depan (FWD), manakala enjin 2.0L VC Turbo berkuasa 236hp dan tork 362Nm. Kedua-dua enjin dipadankan transmisi  CVT Xtronic.

Selain FWD, Altima (2021) facelift turut didatangkan dengan sistem Pacuan Semua Roda Pintar (iAWD) yang menjadi ciri standard Altima Platinum. Sistem pacuan itu menggunakan kawalan pemisahan tork yang secara automatik mengagihkan daya tork kepada roda mengikut nisbah 0:100 depan atau 50:50 depan ke belakang mengikut kondisi jalan dan pemanduan.

Mengenai harga, varian asas Altima S 2.5L FWD dijual pada AS$24,300 (RM101,220), manakala varian paling premium, Altima Platinum 2.5L AWD berharga AS$34,100 (RM142,040).

BACA >>> Nissan X-Trail (2021) Mula Jual di Amerika, Harga Mula RM106k

Related

492
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Nissan, Nissan Altima, Nissan Altima (2021) Facelift, Nissan Altima 2021, Nissan USA, Roda4, Sedan, sedan segmen-D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev