SEBELUM ini kami pernah siarkan cerita mengenai bas lasak Torsus Praetorian yang memenangi Anugerah Red Dot 2020. Torsus ialah pengeluar unik yang menghasilkan bas off-road dan tahan lasak bagi mengharungi pelbagai kondisi rupa bumi.
Ini pula produk terbaharu, dinamakan Praetorian School Bus, iaitu bas buatan khas yang tahan lasak dengan kemampuan meredah jalan ekstrem.
BACA >>> Torsus Praetorian - Bas Off-Road Paling Lasak Menang Anugerah Red Dot 2020!
Nampak pelik, tetapi memang di luar sana masih ada pelajar dan guru yang perlu mengharungi jalan ekstrem untuk sampai ke sekolah.
Bas sekolah ini dibina berasaskan platform sama seperti model standard Praetorian dengan mengekalkan semua ciri off-road dimiliki. Jarak tinggi badan tinggi dan sistem pacuan empat roda (4x4) memudahkan kenderaan ini mengharungi pelbagai cabaran rupa bumi.
Dari segi kapasiti, Praetorian School Bus mampu memuatkan hingga 35 pelajar yang akan duduk di kerusi bercorak unik dengan salutan polimer grafik berserta simbol sains dan matematik. Tali keledar sesuai untuk semua peringkat umur dan pembeli boleh memesan kerusi dengan perehat lengan boleh lipat dan palang sokongan pinggang.
Torsus Praetorian asalnya dibina sebagai kenderaan untuk tugasan paling lasak dunia dan dijadikan pengangkutan pekerja serta dilengkapkan alatan khas untuk merentasi kondisi rupa bumi mencabar.
BACA >>> KTMB Perkenal Helmet Pengimbas Suhu untuk Periksa Penumpang Bergejala
Praetorian diubahsuai daripada casis tugas berat MAN termasuk enjin yang digunakan. Tayar pula jenis jenis off-road dari jenama Michelin.
Keputusan menggunakan casis dan enjin trak MAN nyata praktikal dari segi penyenggaraan dan alat ganti kerana jenama itu sudah sedia terkenal sebagai pengeluar kenderaan berat terkemuka. Akhir sekali, bayangkan anak-anak ke sekolah dengan bas ini dengan meredah laluan balak, sungai, lecak dan lumpur. Semua mampu dibuat selamba saja!
BACA >>> #BikinKereta: Ford Transit Custom - Daripada Van Biasa Kepada Van Kamper Sporty
Leave a Reply