• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Magnite Diperkenal dengan Enjin 3-Silinder 1.0 Turbo, Sama Seperti Almera

Nissan Magnite Diperkenal dengan Enjin 3-Silinder 1.0 Turbo, Sama Seperti Almera

October 26, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

858
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI PASARAN tempatan, saingan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B semakin hangat selepas tiga model diuar-uarkan dalam selang masa rapat iaitu Kia Seltos, Hyundai Kona dan Proton X50. Itu belum termasuk ura-ura SUV baharu dari Perodua.

Saingan ini sebenarnya diturunkan daripada SUV segmen-C yang terlebih dahulu hangat dengan Honda CR-V, Nissan X-Trail, Mazda CX-5, Volkswagen Tiguan dan Proton X70. Persaingan SUV segmen-B di pasaran tempatan adalah imbasan kepada peringkat global yang mempunyai pelbagai model.

Ini satu lagi SUV segmen-B yang baru diperkenalkan, Nissan Magnite yang direka di Jepun dan dibangunkan mengikut citarasa pengguna di India.

Bukan bermakna Magnite untuk pengguna India sahaja, SUV ini dibina berdasarkan falsafah Make in India, make for the world dan dijadual memasuki pasaran India pada awal 2021 dan disusuli pasaran lain selepas itu. Pemilihan nama Magnite juga menarik iaitu gabungan perkataan magnetic dan ignite dan cetusan kepada semangat era baharu di India dan pasaran membangun lain.

Saiz Magnite tidak besar dan menjadi SUV Nissan pertama di India dengan ukuran bawah 4 meter. Sebagai SUV, jarak kelegaan tanah ialah 205mm.

Dari segi rekabentuk, Magnite tampil garang dengan dominasi gril dan lampu nyalaan siang bentuk L pada bahagian sisi bampar selain lampu LED dengan bentuk agresif. Bahagian tepi pula menarik dengan permukaan badan beralun manakala bahagian belakang ringkas tanpa garisan dramatik.

Pada bahagian dalam, Nissan tidak memaklumkan saiz kabin dan kapasiti simpanan belakang kecuali laras kerusi yang tinggi, ruang bahu yang lebar di antara pemandu dan penumpang serta ruang lutut yang setara dengan kenderaan satu segmen lebih tinggi.

Selain itu, Magnite dilengkapi skrin sentuh 8 inci dengan fungsi konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Turut dilengkapi ialah Monitor Pandang Keliling (AVM) 360º dalam membantu pandangan sekeliling.

Menggerakkan Magnite ialah enjin 3-silinder HRAO 1.0L Turbo sama seperti Nissan Almera dan enjin itu dipadan bersama transmisi CVT. Teknologi lain yang dilengkapi ialah Bantuan Mula Daki (HSA).

Selain direka di Jepun, Magnite diuji di tempat percubaan (proving ground) Nissan di Tochigi Jepun bagi memastikannya mampu menghadapi pelbagai cabaran di jalanan. Tempat percubaan tersebut adalah lokasi sama Nissan GT-R dan Ariya diuji.

Harga Magnite masih belum didedahkan termasuk perancangan untuk menawarkannya di negara kita.

BACA >>> Nissan X-Trail (2021) Mula Jual di Amerika, Harga Mula RM106k

GALERI

 

Nissan Magnite
Nissan Magnite.13
Nissan Magnite.02
Nissan Magnite.17
Nissan Magnite.04
Nissan Magnite.16
Nissan Magnite.14
Nissan Magnite.15
Nissan Magnite.12
Nissan Magnite.05
Nissan Magnite.06
Nissan Magnite.10
Nissan Magnite.11
Nissan Magnite.07
Nissan Magnite.09
Nissan Magnite.08

Related

858
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Nissan, Nissan Magnite, SUV, SUV segmen-B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev