• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kereta Steve Jobs Tiada Nombor Plat, Tidak Pernah Bida Harga 'Meninggal'

#TahukahAnda: Kereta Steve Jobs Tiada Nombor Plat, Tidak Pernah Bida Harga 'Meninggal'

August 3, 2016 By Han Othman 3 Comments

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

steve-jobs-plate
KERETA Steve Jobs tidak pernah ada nombor plat. Apakah kekayaan dimiliki jutawan itu membuatkan mendiang mahu tampil berbeza berbanding orang lain. Lagipun berapalah sangat nilai saman yang sememangnya mampu dibayar semudah memetik jari.

Namun, semua jawapan di atas tiada kena mengena dengan kenapa kereta Mercedes-Benz SL55 AMG milik Jobs tiada nombor plat. Faktanya ialah kelompongan (loophole) undang-undang di California, iaitu salah sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS).

Jobs (atau seseorang yang rapat dengannya) mendapati ada kesempatan yang boleh digunakan pada undang-undang kenderaan di California yang membenarkan pembeli kereta baharu dalam negeri itu untuk tidak menampal nombor plat bagi tempoh maksimum enam bulan.

SITUASI MENANG-MENANG

steve-jobs
Jadi, Jobs menjalinkan perjanjian jual beli (trade in) dengan pengedar Mercedes-Benz untuk menukar beli keretanya itu setiap enam bulan. Jadi, memang betullah Jobs tidak pernah memandu kereta bernombor plat.

Malah, Jobs bukan saja beruntung dapat memandu model baharu setiap enam bulan, tetapi pihak pengedar pula berpeluang menjual Mercedes terpakai milik Jobs pada harga tinggi. Win-win situation. Lagipun, AS memang negara lubuk duit bagi ribuan pengumpul item 'rare', terutama barangan milik selebriti dan tokoh terkenal negara itu.

Nampak tak betapa bijaknya kepala otak Jobs? Tetapi, sesetengah VIP dan jutawan negara ini pula terbalik. Mereka cenderung berebut-rebut menghabiskan duit membida nombor plat 'chantek'. Malangnya, rata-rata nombor plat yang dibida itu tiada nilai langsung di bawah radar pengumpul item sedunia. Malah, dikutuk pula rakyat jelata sebagai membazir semata-mata.

Kasihannnn... 😥


Maksud 'harga meninggal' ialah harga sesuatu barangan yang melampaui nilai sebenar pasaran dan di luar kemampuan orang kebanyakan.

Related

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Apple Inc, autotainment, kereta Steve Jobs, Mercedes SL55 AMG, Steve Jobs, tahukah anda

Comments

  1. Ismail says

    August 4, 2016 at 9:48 PM

    Anda sendiri mengatakan undang-undang kenderaan di California yang membenarkan pembeli kereta baharu dalam negeri itu untuk tidak menampal nombor plat bagi tempoh maksimum enam bulan, adakah dinegara ini mempunyai undang2 yang sama? Kalau tidak maka jangan jadi bodoh mengatakan orang yang membida nombot plat dengan harga yang tinggi disini adalah umpama bodoh sebab anda admin yang sebenarnya bodoh, setiap negara berlainan Cara Dan undang2 maka setiap orang mempunyai kepuasan yang berbeza, Cara setiap insan menyalurkan bantuan pada kerajaan juga berbeza, kalau kita kasihan orang buta menjual tisu maka kita akan Beli tisunya walaupun pada ketika ITU kita tidak memerlukannya

    Reply
    • AO says

      August 4, 2016 at 11:04 PM

      Membida nombor plat berharga berjuta-juta tetap satu pembaziran dan sia-sia walaupun duit bidaan itu kononnya disalurkan untuk kebaikan. Lebih teruk, trend tersebut mewujudkan nilai kasta dalam masyarakat. Di Barat rata-rata pemilik nombor plat harga melampau adalah golongan artis, selebriti dan VIP yang penuh kontroversi dan skandal. Sebaliknya, golongan intelektual, negarawan, dan jutawan 'true' di sana, nombor plat nyata tiada apa-apa makna bagi mereka.

      Saudara pakai nombor plat apa? Juta-juta juga?

      Reply
      • Jimmy says

        December 24, 2016 at 11:57 AM

        Alaa no tu leh jual balik. So win win juga la. Kalau kat malaysia ade law 6 bulan tu mungkin ade gak yg buat.

        Kalau dia kata charity and duit tu pergi ntah ke mana, bukan salah pembida. Tapi organiser la.

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev