• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Streetfighter V4 Sudah Ada di Malaysia! Harga Bermula RM115k!

Ducati Streetfighter V4 Sudah Ada di Malaysia! Harga Bermula RM115k!

October 21, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

554
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI Streetfighter V4 dan Streetfighter V4 S yang dilancarkan secara siaran digital menerusi YouTube pada Mac lalu kini sudah boleh didapati di Malaysia.

Dibawakan wakil pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd, harga naked bike itu adalah seperti berikut:

  • Ducati Streetfighter V4 - RM115,900
  • Ducati Streetfighter V4 S - RM145,900

Streetfighter V4 boleh dianggap sebagai Panigale V4 versi tanpa fairing dengan bar hendal lebih tinggi dan lebar, manakala berat jentera 178kg. Kedua-dua varian dijana enjin 1,103cc Desmosedici Stradale, sama seperti Panigale V4.

Model ini menghasilkan kuasa 208hp @ 12,750rpm dan tork 123Nm @ 11,500Nm, setanding Panigale V4 dengan mendapat sentuhan lampu utama LED penuh dan sosok penampilan agresif seakan raut wajah watak antagonis, 'The Joker'.

Ducati Streetfighter V4:V4 S_4
Ducati Streetfighter V4:V4 S_1

Menurut Ducati, model naked bike itu dibangunkan berasaskan ilham daripada karakter dwi-personaliti Joker itu, yang memiliki kombinasi seronok dan jahat. Ia turut dilengkapi lampu siang (DRL) bentuk V yang didatangkan pada Panigale V4.

Rekaan lampu utama kompak digabungkan bersama fairing kembar pada kotak udara dan ambilan penyejukan LED. Selain itu, bahagian deflektor belakang mengalihkan aliran udara daripada menyentuh tangki secara langsung. Jentera tampil elegan dan agresif dengan pelindung depan yang menyembunyikan pendawaian pemuka TFT.

Pakej elektronik generasi terkini Streetfighter V4  berasaskan Unit Ukuran Inersia 6-paksi (6D IMU) yang mampu mengesan sudut roll, yaw dan pitch. Bahagian elektronik menguruskan setiap bahagian tunggangan seperti mengawal pengurusan permulaan, pecutan, brek, dan kawalan traksi, termasuk membantu keluar-masuk selekoh.

Model lebih berkuasa Streetfighter V4 S pula dilengkapi rim Marchesini dan sistem suspensi elektrik Öhlins boleh laras (fork depan NIX30 43mm dan monoshock TTX36), dan damper stereng. Sistem Ohlins Smart EC 2.0 generasi kedua itu menampilkan antaramuka mesra pengguna dan meningkatkan keupayaan sistem IMU 6D.

Bagi meraikan pelancaran model itu, Ducati Malaysia menganjurkan kempen 'Ducati Digital Festival' bermula 1 November-31 Disember 2020 dengan menawarkan banyak tawaran seperti diskaun hingga 70 peratus untuk barangan rasmi, jualan habis stok, motosikal demo dan  pakej pembiayaan khas dengan kadar faedah terendah.

BACA >>> Ducati Streetfighter V4 Lancar Secara Strim YouTube
BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Ducati yang Perlu Anda Tahu

GALERI
Ducati Streetfighter V4:V4 S_16
Ducati Streetfighter V4:V4 S_18
Ducati Streetfighter V4:V4 S_13
Ducati Streetfighter V4:V4 S_19
Ducati Streetfighter V4:V4 S_3
Ducati Streetfighter V4:V4 S_2
Ducati Streetfighter V4:V4 S_1
Ducati Streetfighter V4:V4 S_4
Ducati Streetfighter V4:V4 S_17
Ducati Streetfighter V4:V4 S_11
Ducati Streetfighter V4:V4 S_15
Ducati Streetfighter V4:V4 S_14
Ducati Streetfighter V4:V4 S_10
Ducati Streetfighter V4:V4 S_6
Ducati Streetfighter V4:V4 S_7
Ducati Streetfighter V4:V4 S_8
Ducati Streetfighter V4:V4 S_9
Ducati Streetfighter V4:V4 S_12
Ducati Streetfighter V4:V4 S_5

Related

554
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Ducati, Ducati Digital Festival, Ducati Streetfighter V4, Ducati Streetfighter V4 S, Next Bike Sdn Bhd, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev