• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Petronas SRT Tamatkan Kontrak KIP, Tapi Ada Peluang Kalau Tunjuk Keputusan Positif

Petronas SRT Tamatkan Kontrak KIP, Tapi Ada Peluang Kalau Tunjuk Keputusan Positif

October 23, 2020 By Azizi H Leave a Comment

577
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PETRONAS Yamaha SRT pada Selasa lalu mengesahkan tidak akan melanjutkan kontrak pelumba Moto3, Khairul Idham Pawi (KIP) untuk saingan Kejuaraan Dunia MotoGP musim depan.

Bagaimanapun, berita terbaharu menyatakan pasukan dari Malaysia itu bersedia menyelamatkan karier pelumba itu sekiranya mampu mendapatkan keputusan positif dalam baki empat pusingan perlumbaan musim ini.

Prinsipal Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali berkata, KIP perlu bangkit mendapat kutipan mata dalam baki empat perlumbaan bagi menghidupkan kembali peluang beraksi pada Kejuaraan Eropah FIM CEV Moto2 musim depan.

Menurutnya, keputusan tidak melanjutkan kontrak KIP dibuat selepas mengambil kira kegagalan pelumba itu meraih sebarang mata atau menampilkan prestasi memberangsangkan setakat lapan perlumbaan musim ini.

Pawi 2020
KIP

Empat pusingan perlumbaan MotoGP 2020 yang berbaki musim ini ialah GP Teruel di Litar Aragon, Sepanyol (23-25 Oktober), GP Eropah (6-8 November) dan GP Valencia di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol (13-15 November), dan GP Portugal di Litar Antarabangsa Algarve (20-22 November).

Dorna Sports ialah pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP menetapkan minggu lalu sebagai tarikh akhir menamakan barisan pelumba untuk MotoGP musim depan, dan kita tidak mahu tunggu hingga hujung musim ini untuk menamakan pelumba," kata Razlan.

Petronas SRT dalam kenyataan Selasa lalu (20 Oktober) memutuskan tidak melanjutkan kontrak KIP atas kegagalan menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam aksi Moto3 musim ini. Pelana ditinggalkan itu akan diisi pelumba Afrika Selatan, Darryn Binder daripada pasukan CIP Green Power dengan kontrak setahun.

Sebelum Petronas SRT, KIP pernah memenangi GP Argentina dan GP Jerman dalam saingan Moto3 2016 bersama pasukan lama, Idemitsu Honda Team Asia.

SUMBER: Bernama

Related

577
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kejuaraan Dunia MotoGP, Khairul Idham Pawi, KIP, Moto3, MotoGP 2021, Super KIP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev