• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Wakil Jualan BSH Buka Pratempahan Honda CBR250RR (2020), Pelancaran Semakin Dekat?

Wakil Jualan BSH Buka Pratempahan Honda CBR250RR (2020), Pelancaran Semakin Dekat?

October 21, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BULAN lalu kami melaporkan tentang ketibaan sportbike suku liter Honda CBR250RR ke pasaran tempatan. Ini disahkan sumber dalaman Boon Siew Honda (BSH) yang mendakwa model itu akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini atau lebih tepat, November atau Disember tahun ini!

Terkini, salah satu wakil jualan BSH, Honda BigWing Setapak didapati memuat naik status Facebook mengenai tempahan CBR250RR, sekali gus mengukuhkan lagi kemunculan model berkenaan. Status yang ditulis dalam bahasa Cina itu bertulis;

Pratempahan Honda CBR250RR. Selepas tiga tahun penantian, akhirnya sampai. Ada yang kata model ini sah tidak masuk Malaysia tapi akhirnya masuk juga. Honda CBR250RR ada 40hp, tork 25Nm bersama Quick Shifter dan Klac Assist & Slipper bakal mendominasi kelas 250cc. Sesiapa yang belum tempah ambillah peluang ini."

Difahamkan CBR250RR lewat tiba ke Malaysia kerana BSH menunggu pelancaran model versi dipertingkat (facelift) yang kini sudah dilancarkan di Indonesia dan Jepun. Ini bermakna pasaran Malaysia akan menerima model facelift yang terkini dan lebih berkuasa.

BSH bakal membawa masuk CBR250RR (2020) dengan enjin dipertingkat berkuasa 39hp @ 13,000rpm (+3ps)  dan tork 25Nm @ 11,000rpm (+2Nm). Selain Quick Shifter, ciri baharu lain dimiliki varian paling premium ialah klac antigelincir Assist and Slipper (A&S).

Aspek mekanikal CBR250RR (2020) spesifikasi Malaysia juga tidak jauh berbeza dengan model CBR250RR SP Quick Shifter di Indonesia. Bagaimanakah pula harga? Masih lagi rahsia, besar kemungkinan CBR250RR spesifikasi Malaysia tidak jauh berbeza dengan Indonesia, iaitu sekitar RM22,000?

Ataupun berada dalam julat pertengahan harga Jepun (RM32,000), iaitu kira-kira RM25,000?

BACA >>> Ujian Top Speed Honda CBR250RR (2020), Mampukah Saingi Kawasaki Ninja ZX-25R?
BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Tukar Apabila Sportbike Sudah Berusia 5 Tahun?

GALERI
Honda CBR250RR Racing Red
Honda CBR250RR Black Freedom
Honda CBR250RR Gun Powder Black Metallic
Honda CBR250RR Bravery Red Black

Related

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Boon Siew Honda (BSH), Honda BigWing Setapak, Honda CBR250RR (2020), roda2, Sportbike Suku Liter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev