• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Thailand Lancar Vespa Sprint 150 i-Get ABS 10th Anniversary Edisi Khas, RM19.8k

Thailand Lancar Vespa Sprint 150 i-Get ABS 10th Anniversary Edisi Khas, RM19.8k

October 21, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


VESPA Thailand melancarkan model edisi khas Vespa Sprint 150 i-Get ABS 10th Anniversary yang akan dijual secara eksklusif di pasaran tempatan pada harga 149,900 baht (RM19,890), lebih mahal 16,500 baht (RM2,190) daripada Vespa Sprint 150 i-Get ABS, 133,400 baht (RM17,700).

Sprint 150 i-Get ABS 10th Anniversary ditawarkan dalam 1,010 unit sahaja dan didatangkan dalam warna Grigio Seta (perak), diilhamkan daripada poster pertama Vespa. Kemasan perak pula ialah warna ikonik yang masih digunakanb sebilangan model Vespa hingga kini.

Pelana menggunakan materialb kulit kelabu dengan sulaman corak berlian. Bagi memastikan tona kontras, Vespa mengenakan sentuhan tembaga membabitkan trim pada panel fairing depan, frem lampu depan, pengadang meter, bar hendal belakang dan rim.

Ada lencana nombor siri edisi terhad tertera di sebalik panel depan dan jika diperhatikan model ini didatangkan dengan visor angin kecil yang mengimbau kembali model Vespa lama.

Pembeli model ulang tahun ini akan menerima koleksi barangan atau hadiah seperti buku lakaran, poskad, pelekat, sarung tangan, helmet, beg beli-belah dan beg kulit dalam dua warna pilihan, perak atau tembaga.

Semua ciri lain sama seperti Sprint 150 standard dengan dimensi panjang 1,863mm, lebar 695mm, jarak roda 1,334mm dan tinggi pelana 790mm. Trenkuasa dijana enjin i-Get 150cc berkuasa 12.3hp dan tork 12.2Nm dengan kotak gear automatik CVT. Antara ciri keselamatan dimiliki ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), penggunaan lampu LED dan soket USB.

GALERI
vespa 7
vespa
vespa 8
vespa 2
vespa 1
vespa 5
vespa 3
vespa 4
vespa 6

SUMBER: Zing.news

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, skuter, Vespa, Vespa Sprint 150 i-Get ABS, Vespa Sprint 150 i-Get ABS 10th Anniversary, Vespa Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
    Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Naik Taraf Sistem: 10 Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Dibuka Lewat Mula Bulan Depan
    Naik Taraf Sistem: 10 Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Dibuka Lewat Mula Bulan Depan

PANDU UJI

JAECOO J8 Diuji Atas Jalan Berlumpur, Suspensi SUV Segmen-D Terbaik

Pengembaraan Off-Road Premium Pertama di Sepang Bay 13 Dua minggu … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev