• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Quartararo Bingung YZR-M1 Susah Nak Kawal, Lega Alex Dapat Pintas Mir

Quartararo Bingung YZR-M1 Susah Nak Kawal, Lega Alex Dapat Pintas Mir

October 19, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA perlumbaan hujung minggu lalu di GP Aragon, ramai kehairanan melihat aksi ditunjukkan Fabio Quartararo yang bermula garang, tetapi hanya mampu menamatkan saingan di kedudukan ke-18.

Apakah masalah yang menimpa pelumba Petronas Yamaha SRT itu hingga menyebabkan dia gagal mempertahankan posisi depan? Apakah yang berlaku?

BACA >>> #SembangDeras: Mir Lebih Layak Cabar Kejuaraan MotoGP 2020, Bukan Quartararo?

Ini jawapan diberikan Quartararo;

Aku hadapi masalah teknikal, ada benda pelik pada motor sampai aku tak boleh nak laju, macam daripada tekanan tayar, pelik sampai luar kawalan. Kami sedang siasat kenapa jadi macam tu. Aku yakin ada kelajuan untuk tamat top 5, tapi masalah semalam tak mungkin kami buat.

"Memang awalnya semua normal dan berjalan macam dirancang, sampai lap ketiga situasi berubah. Tiba-tiba motor luar kawalan dan itulah kali pertama aku tak dapat apa-apa. Kami kena cari penyelesaian supaya perlumbaan seterusnya tak berulang."

Nampaknya, pasukan Yamaha sekarang bergelut mencari punca masalah teknikal yang membelenggu jentera YZR-M1. Adakah berpunca masalah tekanan tayar? Walaupun kecewa dengan keputusan diperoleh, tetapi Quartararo nyata lega kerana Alex Marquez (Repsol Honda) dapat memotong pesaingnya, Joan Mir (Suzuki Ecstar) untuk menamatkan saingan di tempat kedua.

Tentu saja bagus (Mir dipintas Alex). Fakta Alex melewati garis penamat sebelum Mir juga membantu. Kalau tak, (keadaan) boleh jadi lebih buruk. Semalam perlumbaan yang sukar dan aku pun tak tau kenapa boleh jadi macam tu."

Quartararo turut menafikan dakwaan yang mengatakan tekanan merebut gelaran juara dunia musim ini membuatkan segalanya kucar-kacir. GP Aragon dikatakan memberikan tekad tambahan buat Yamaha, terutama Quartararo untuk menggagalkan sasaran Suzuki meraih gelaran juara MotoGP.

Mereka (Suzuki) laju, tapi kami boleh lawan mereka. Kami kena perbaiki masalah untuk minggu depan, termasuk Valencia, kami harus cepat. Kami optimis mampu lakukannya."

Ranking keseluruhan MotoGP 2020 setakat ini menjadi milik Mir yang mengumpul 121 mata, manakala Quartarrao di kedudukan kedua dengan 115 mata. Justeru saingan musim ini kini semakin sengit dan terbuka.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Jentera Kelas Premier MotoGP Guna Brek Karbon?

Related

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2020 MotoGP, Auto Terkini, bb, Fabio Quartararo, Joan Mir, Petronas Yamahabb SRT, roda2, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev