• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: 'Wira Perkasa' - Suzuki GSX-R400 dengan Perisai Menentang Kejahatan

#RetroAuto: 'Wira Perkasa' - Suzuki GSX-R400 dengan Perisai Menentang Kejahatan

October 19, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


'WIRA Perkasa' atau 'Road Sector' (Rōdosekutā) ialah nama motosikal kedua milik Suria Perkasa Hitam (Kamen Rider Black), iaitu adiwira dari Jepun yang menjadi rancangan televisyen kegemaran kanak-kanak yang membesar era 1980-90-an lalu.

Wira Perkasa dihasilkan saintis Yoichi Daimon yang direkrut pakatan kejahatan, Gorgom untuk menakluk dunia. Motosikal ini ialah versi prototaip untuk dijadikan kenderaan pasukan tentera mutan, tetapi akhirnya menjadi jentera kedua Suria Perkasa Hitam.

Ini kerana Daimon enggan menjadikan ciptaannya itu untuk kejahatan. Dia kemudian menyerahkan motosikal tersebut buat anaknya, Akira Daimon sebelum diberikan kepada Kohtaro Minami, alter ego kepada Suria Perkasa Hitam.

CIRI ISTIMEWA WIRA PERKASA

wira-perkasa-masked-rider-black-1
masked-rider-black-1

Wira Perkasa memiliki ciri istimewa berupa perisai dipanggil 'Attack Shield' (Attaku Shīrudo) yang berfungsi melindungi si hero daripada kecederaan. Apabila mod ini diaktifkan, motosikal ini mampu beraksi luar biasa menerusi serangan rempuhan dinamakan 'Sparkling Attack'.

Selepas pertempuran akhir dengan Gorgom, Kotaro Minami memulangkan semula Wira Perkasa kepada Akira.

kamen-rider-black-wira-perkasa-1
kamen-rider-black-wira-perkasa-2

Wira Perkasa memiliki enjin berkuasa 1,515hp dan mampu memecut pada kelajuan hingga 500kmj. Apabila mod perisai 'Attack Shield' diaktifkan, jentera ini mampu mencapai kelajuan 800kmj dan mencecah maksimum 960kmj untuk melancarkan serangan 'Sparkling Attack'.

Berikut spesifikasi WIRA PERKASA:

  • Penunggang: Kohtaro Minami
  • Siri: Kamen Rider Black
  • Panjang: 210cm
  • Lebar: 72cm
  • Tinggi: 132cm
  • Berat: 202kg
  • Kelajuan: 960kmj
  • Kuasa: 1,515hp
  • Model Asas: Suzuki GSX-R400
SPESIFIKASI SUZUKI GSX-R400
suzuki-gsx-R400-1984-1
suzuki-gsx-R400-1984-2
suzuki-gsx-R400-1984-3

GSX-R400 (secara rasmi dinamakan GSX-R di Jepun dengan kod GK71B) dilancarkan pada Mac 1984. Ini ialah produk replika lumba versi pengeluaran massa pertama yang ringan menerusi penggunaan frem cradle aluminium dan dijana enjin 4-silinder sebaris DOHC penyejukan cecair dengan 4-injap setiap silinder. Ketika itu jentera terbaik itu dibina berasaskan jentera lumba Yoshimura TT-F3 GS1000R.

Pesaingnya Yamaha FZ400R dan Honda CBR400R lebih berat 13-31 kg berbanding GSX-R. Berbanding model lain ketika itu, GSX-R400 lebih ringan yang dipadankan kaliper brek 4-piston di depan dan 2-piston di belakang.

Model Suzuki ini juga mudah dikendalikan dan dilengkapi sistem ekzos 4-1 berkuasa untuk saiznya yang menjadikan ia model GSX-R terpantas dalam kelasnya.

Dengan kuasa maksimum 59hp dan berat kering 152kg, nisbah kuasa kepada berat (2,57kg/hp) lebih baik daripada jentera lumba 2-lejang Suzuki, RG250 Gamma. GSX-R400 memulakan era baru sebagai model 400cc terpantas dan terbaik pernah dibina.

BACA >>> Suzuki Lancar GSX-S750 MotoGP Replica Sempena Aniversari ke-100
BACA >>> #RetroAuto: Belalang Tempur Legenda Motosikal Adiwira Sepanjang Zaman

road-sector-wira-perkasa-masked-rider-black-1
road-sector-wira-perkasa-masked-rider-black-2
road-sector-wira-perkasa-masked-rider-black-3
road-sector-wira-perkasa-masked-rider-black-4
road-sector-wira-perkasa-masked-rider-black-5
road-sector-wira-perkasa-masked-rider-black-6
road-sector-wira-perkasa-masked-rider-black-7
road-sector-wira-perkasa-masked-rider-black-8
road-sector-wira-perkasa-masked-rider-black-9
road-sector-wira-perkasa-masked-rider-black-10

SUMBER: KamenRiderWiki| SuzukiCycles.org

Related

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Kamen Rider Black, Kotaro Minami, Masked Rider Black, Retro Auto, Road Sector, Suria Perkasa Hitam, Suzuki GSX-R400, Wira Perkasa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev