• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GEMPAR!!! Pak Rossi Positif Covid-19!

GEMPAR!!! Pak Rossi Positif Covid-19!

October 16, 2020 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


LEGENDA hidup, Valentino Rossi menjadi pelumba pertama MotoGP disahkan positif Covid-19 dan terpaksa melupakan aksi pusingan kesepuluh di GP Aragon minggu ini.

Malah, beliau juga bakal terlepas aksi GP Teruel minggu depan yang juga berlangsung di litar sama, Motorland Aragon.

Keputusan diagnosis itu didedahkan Rossi dalam akaun media sosialnya. Padok MotoGP minggu lalu dikejutkan dengan berita enam jurutera Yamaha disahkan positif Covid-19, termasuk ketua jurutera YZR-M1, sekali gus tidak dapat menyertai GP Perancis di Le Mans.

BACA >>> Valentino Rossi Sah ke Petronas Yamaha SRT Musim Depan!
BACA >>> Angkara Covid-19, Yamaha Hadapi Aksi GP Perancis Tanpa Enam Jurutera

Juara kelas premier tujuh kali itu mengambil ujian Covid-19 selepas merasa diri kurang sihat, tetapi ujian pertama didapati negatif.  Bagaimanapun, ujian kedua disahkan positif sekitar jam 4 petang, sekali gus menjadi pelumba MotoGP pertama dijangkiti wabak tersebut selepas Jorge Martin daripada kelas Moto2 yang sudah terlepas dua pusingan di Misano.

Malang sekali, aku bangkit pagi tadi dan rasa tak berapa nak elok. Tulang aku sengal dan aku demam. Jadi aku cepat telefon doktor yang mai bagi test dua kali. Keputusan ujian pantas tu negatif, sama macam test yang aku buat Selasa lepas. Tapi test kedua yang hantar kat aku pukui 4 petang, positif pula.

"Aku sangat kecewa, aku akan terlepas race kat Aragon. Aku suka jadi opstimistik dan yakin, tapi aku jangka pusingan kedua kat Aragon pun akan jadi tak boleh juga. Aku sedih dan marah la bak hang sebab aku dah buat terbaik untuk ikut protokol apa jadah semua tu. Ujian Selasa pun negatif.

"Aku dah kuarantin sendiri sejak sampai dari Le Mans. Macam mana pun, dah ini ceritanya dan aku tak boleh nak buat lagu mana lagi untuk nak ubah. Aku akan ikut nasihat perubatan dan harap akan lega secepat mungkin."

Siapakah selepas Rossi yang akan positif Covid-19 nanti? Mungkinkah pasukan Yamaha kini diancam bahaya dan risiko Covid-19 memandangkan semua pelumba pasukan itu berpotensi mencabar kejuaraan MotoGP tahun ini.

Ada mendakwa tempat Rossi akan digantikan seketika dengan Jorge Lorenzo untuk pada aksi minggu depan di GP Teruel. Apapun, kita tunggu perkembangan lanjut mengenai bintang itu dari semasa ke semasa.

BACA >>> Walaupun ke Pasukan Satelit, Rossi Kekal Dapat Sokongan Teknikal Pasukan Pengilang

* Gambar sekadar hiasan.

SUMBER: VisorDown

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, MotoGP 2020, sukan permotoran, Valentino Rossi, Valentino Rossi Positif Covid-19

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev