• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW R1250RT (2021) Kini dengan Teknologi Radar, Sistem Navigasi Pada Panel TFT

BMW R1250RT (2021) Kini dengan Teknologi Radar, Sistem Navigasi Pada Panel TFT

October 18, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL baharu BMW ini nampak lebih tajam dan santai, tetapi masih lagi mengekalkan penampilan elegan. Menariknya, R1250RT (2021) dilengkapi ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), lampu utama lebih impresif dan panel instrumen TFT baharu dengan sistem navigasi.

BMW menawarkan segala ciri baharu paling moden yang ada pada motosikal masa kini. Apa tidak berubah ialah enjin boxer ShiftCam berkuasa 136hp dan tork 143Nm.

Selain GS, siri RT juga nama besar dalam sejarah BMW Motorrad. Segalanya bermula lewat 1970-an apabila BMW meletakkan fairing lebar dan panel keras pada jentera boxer jenama itu. Selepas 40 tahun kemudian, konsep itu kekal sama denan beberapa komponen mengalami transformasi.

Apa dikekalkan ialah enjin boxer lebih berkuasa dan lebih diperhalusi, manakala sosok badan dilengkapi ciri lampu utama LED adaptif yang mampu menyuluh susur jalan mengikut belokan hendal. BMW turut melengkapkan jentera tourer ini dengan sistem radar untuk fungsi ACC.

Tiada lagi kertas peta unuk menjelajah atau peranti GPS kerana semua itu kini tertera terus pada panel TFT 10 inci baharu dengan sistem navigasi terbina dalam. Berikut ciri menarik ditawarkan R1250RT (2020):

  • Enjin boxer dengan teknologi ShiftCam berkuasa 136hp @ 7,750rpm dan tork 143Nm @ 6,250rpm.
  • Sistem sensor ketukan (knock)  untuk mengoptimumkan kesesuaian tunggangan.
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) moden BMW Motorrad Full Integral ABS Pro sebagai ciri standard
  • Ada tiga mod tunggangan: Eco, Pro dan Dynamic.
  • Kawalan Traksi Dinamik (DTC) sebagai ciri standard.
  • Ada sistem suspensi elektronik Dynamic ESA 'Next Generation' dengan pampasan beban automatik penuh sebagai pilihan ekstra.
  • Kawalan Mula Daki (HSC Pro).
  • Rekaan baharu fairing depan.
  • Lampu utama LED baharu penuh dengan lampu belok adaltif sebagai pilihan tambahan.
  • Kluster instrumen multifungsi TFT 10.25 inci warna penuh.
  • Ada konektiviti telefon pintar.
  • Sistem audio baharu.
  • Ada Panggilan Kecemasan Pintar (IEC) sebagai opsyen.
  • Menawarkan tiga kemasan cat menarik dengan tiga varian: Elegance, Sport dan Option 719.
  • Pilihan aksesori BMW Motorrad Accessories.

BACA >>> BMW Motorrad, Pengeluar Motosikal Pertama Buka Akaun TikTok
BACA >>> #ApaNakBuat: 6 Langkah Bersihkan Karburetor Motosikal

GALERI
bmw-r1250rt-1
bmw-r1250rt-2
bmw-r1250rt-3
bmw-r1250rt-4
bmw-r1250rt-5
bmw-r1250rt-6
bmw-r1250rt-7
bmw-r1250rt-8
bmw-r1250rt-9
bmw-r1250rt-10
bmw-r1250rt-11
bmw-r1250rt-12
bmw-r1250rt-13
bmw-r1250rt-14
bmw-r1250rt-15
bmw-r1250rt-16
bmw-r1250rt-17

SUMBER: Riders.Drivemag

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW Motorrad, BMW R1250RT (2021), grand tourer, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev