WAKIL pengedar rasmi Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan pakej aksesori Nissan Almera Turbo serba baharu yang sudah dibuka tempahan sejak September lalu.
Aksesori ditawarkan itu terdiri daripada empat pakej pilihan seperti berikut:
1. Pakej Gaya (RM400)
- Lampu kabin LED
- Talam but (trunk tray) dengan permukaan antigelincir
- Sil pintu dengan logo Almera di depan dan belakang untuk mengelak kesan calar
2. Pakej Gayaan Luaran (RM950)
- Visor pintu
- Pelindung hendal pintu dengan kemasan gentian karbon (2 unit)
- Spoiler hitam berkilat untuk varian VL dan VLP, manakala pemilik VLT boleh beli pakej ini pada harga
RM350 kerana spoiler belakang sudah jadi ciri standard.
3. Pakej Perlindungan (RM1,950)
- Filem gelap keselamatan (solar tinted) Gard Armorcoat dengan ciri antibahang matahari dan antikecurian.
- Perakam video pemanduan dua saluran (depan dan belakang)
- Filem tinted V-Kool Elite dan perakam video pemanduan dua saluran (RM2,750)b
Jika mahu beli berasingan, pemilik Almera Turbo boleh memilih aksesori pilihan berdasarkan harga di bawah (termasuk pemasangan):
- Lampu kabin LED - RM150
- Talam but - RM220
- Sil pintu (depan/belakang) - RM200
- Visor pintu - RM400
- Pelindung hendal pintu (2 unit) - RM60
- Spoiler hitam kilat (varian VL & VLP sahaja) - RM780
- Perakam video pemanduan dua saluran - RM1,200
- Filem gelap Solar Gard Armorcoat - RM1,500
- Filem gelap V-Kool Elite - RM2,800
- Kerusi kulit kelabu gelap (VL sahaja) - RM1,380
Semua aksesori hadir dengan jaminan 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana satu tiba dahulu).
Sementara itu, orang ramai dijemput merasai sendiri pengalaman memandu uji Nissan Almera Turbo di bilik pameran Nissan terpilih dan berpeluang memenangi 15 iPhone SE (128GB) bernilai RM2,199 setiap satu.
BACA >>> Nissan Almera Turbo Buka Tempahan, Harga Mula RM80k, Petrol Penuh 650km!
BACA >>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang 4 Varian Honda City (2020), Harga Mula RM74k
Leave a Reply