PENGEDAR rasmi jenama Vespa di Malaysia, Didi Resources Sdn Bhd memperkenalkan Vespa Primavera Sean Wotherspoon baharu yang mendapat sentuhan pereka paling kreatif dan berpengaruh dunia ketika ini.
Vespa Primavera Sean Wotherspoon tampil dengan imej vintaj daripada bintang muda fesyen, Sean Wotherspoon. Pada badan keluli Vespa ini, Sean mencipta gaya baharu buat golongan muda urban bagi meluaskan lagi jangkauan pelanggan skuter tersebut.b
Justeru, Sean memberikan elemen vintaj kontemporari yang menjadi trademark dirinya. Sentuhan oldskool boleh dilihat menerusi pendekatan campur dan padan (mix and match) kaleidoskopik era 80 dan 90-an. Pilihan warna gaya 80-an itu menyerlahkan imej ranggi menerusi kombinasi warna kuning, merah, hijau gelap dan biru akuamarin.
Kemasan putih diletakkan di bahagian tali leher (tie) depan, frem sisi sebagai sebahagian siluet dan rim dengan logo Vespa. Kemudian disempurnakan dengan kemasan krom pada perumah lampu depan, rak barang, bar hendal pembonceng dan pelindung silenser.
Lantai kaki merah disematkan jalur getah biru bagi menyerlahkan imej skuter. Sean memilih warna coklat baldu dan menambahkan trim putih berserta logo khas pada pelana.
Logo signatur Vespa berwarna putih dan gafik khas pengulangan perkataan 'Primavera' dilukiskan di kedua-dua sisi badan untuk kesan unik yang memiliki gaya tersendiri. Ya, tidak ada Vespa lain yang sama seperti model khas ini.
Vespa Primavera Sean Wotherspoon boleh didapati semua rangkaian Vespa di Malaysia pada harga RM24,960. Model ini dijana enjin silinder tunggal 154.8cc i-get dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 12.7hp @ 7750rpm dan tork 2.8Nm @ 6,500rpm.
BACA >>> Vespa Sprint S 150 dan Primavera S Special Edition 150 Lancar di Malaysia
BACA >>> #BikinMotor: Honda ADV 150 Pasang Monoshock Macam Abang Besar X-ADV 750
Leave a Reply