• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Stok Terhad, Tempahan Berduyun, Kawasaki Ninja ZX-25R Terpakai Cecah RM42k!

Stok Terhad, Tempahan Berduyun, Kawasaki Ninja ZX-25R Terpakai Cecah RM42k!

October 15, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Motor Indonesia (KMI) memperkenalkan sportbike 4-silinder 250cc, Ninja ZX-25R pada Julai lalu. Kehadiran jentera yang sekian lama dinantikan itu terus saja menjadi fenomena dalam kalangan peminat motosikal negara jiran tersebut.

Di Indonesia, populariti itu menyebabkan ramai bertanyakan tentang produk aftermarket sportbike berkenaan. Malah menurut portal  IwanBanaran, pada majlis XtremeMotorsport baru-baru ini, rata-rata hadirin yang datang ialah pemilik ZX-25R.

Lebih mengejutkan, pemilik  XtremeMotorsport itu mendakwa membeli model terpakai tersebut pada harga Rp150 juta (RM42,000)! Ini kerana model baharu ketika dilancarkan baru saja berharga RM28,000.

Kelahiran ZX-25R  nyata membuatkan nilai terpakai model itu meningkat ketara. Situasi berkenaan mirip fenomena Ninja 2008 yang menyebabkan apa saja mengenai model itu laris di pasaran sama ada mahal atau murah.

Ramai juga kalangan biker mencari ZX-25R, tetapi disebabkan unit terhad, model itu sukar didapati. Ini punca yang menyebabkan harga di pasaran terpakai melonjak tinggi dan ada pula yang sanggup membayar. Berdasarkan tinjauan di Internet, ramai menjual model itu atas hargba Rp150 juta!

Disebabkan permintaan tinggi dan stok terhad (sama strategi seperti Yamaha di Malaysia), khabarnya ada wakil jualan bertindak meletakkan harga jualan lebih tinggi hingga Rp5 juta (RM1,410). Malah, aksesori seperti R3, Brembo dan alat ganti berharga mahal, semuanya habis terjual. Itu belum dikira tempahan diterima wakil jualan aksesori.

KMI mengakui tersalah perhitungan kerana tidak menyangka respons diterima di luar jangkaan walaupun Indonesia dilanda krisis waak Covid-19. Pada pelancaran lalu, KMI cuma mensasarkan 2,000 unit jualan.

Ketua Jualan KMI, Michael C. Tanadhi berkata, awalnya KMI memesan 4,000 unit, tetapi dikurangkan kepada 2,000 unit selepas mengambil kira situasi pandemik yang melanda.

Sebenarnya sudah kita ramal, inikan motor harga RP100 juta dan di tengah pandemik, tetapi ternyata tidak beri kesan pada jualan," katanya.

BACA >>> 14 Fakta Pantas: Kawasaki Ninja ZX-25R (2021) Lancar, Harga Mula RM28k Sahaja!
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kawasaki Ninja ZX-25R Cuma 42hp?

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki ZX-25R, PT Kawasaki Motor Indonesia, roda2, sportbike, Sportbike Suku Liter

Comments

  1. Jan says

    October 16, 2020 at 11:23 AM

    nampaknya laku keras kat indo.

    tapi adakah sales figure tu cukup untuk honda dan yamaha consider keluarkan jgk model 4 cylinder?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my