• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isu Beg Udara Takata & Back Door Stay: Nissan Panggil Semula 133,118 Unit Kenderaan Pelbagai Model

Isu Beg Udara Takata & Back Door Stay: Nissan Panggil Semula 133,118 Unit Kenderaan Pelbagai Model

August 2, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Nissan-X-Trail-2003-1PERHATIAN buat pemilik kenderaan Nissan terlibat! Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sedang memanggil semula (recall) beberapa model kenderaan keluarannya berhubung masalah inflator beg udara Takata dan Back Door Stay.

Berhubung masalah beg udara Takata, ia melibatkan 110,945 unit kenderaan yang dikilangkan bermula 2002 hingga 2014. Berikut adalah model-model beserta tahun terlibat dengan panggilan semula beg udara Takata.

Beg Udara Takata

ISU BACK DOOR STAY

Manakala 22,173 unit model lain turut dipanggil semula berhubung masalah Back Door Stay. Ia meliputi model Nissan Serena S-Hybrid versi CKD dan CBU, X-trail serta NV200 (rujuk jadual di bawah).

Lapisan cat digunakan pada pintu belakang yang tidak mematuhi keperluan rekabentuk menjadi penyebab berhubung isu panggilan semula ini.

Hasilnya, silinder tiub bagi Back Door Stay boleh mengakis dan menyebabkan kebocoran gas pada silinder. Sekiranya dibiarkan dalam jangka masa panjang, ia mungkin menjadi lemah dan melumpuhkan fungsinya.

Back Door Stay
Untuk semakan status kenderaan anda, sila KLIK SINI dan masukkan model kenderaan dan nombor casis.

Sekiranya anda antara pemilik kenderaan terlibat, sila buat temu janji di pusat servis Nissan berdekatan dan proses penggantian akan dijalankan bermula September 2016.

Pihak ETCM juga akan menghubungi semua pemilik kenderaan terlibat dan segala kos penggantian termasuk kos buruh ditanggung sepenuhnya oleh Nissan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Back Door Stay, Beg udara takata, Edaran Tan Chong Motor, ETCM, Navara, Nissan, Nissan Serena S-Hybrid, Recall, Teana, X-Trail

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev