• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kajian: Benarkah Wanita Lebih Teruk Parkir Kereta Berbanding Lelaki?

Kajian: Benarkah Wanita Lebih Teruk Parkir Kereta Berbanding Lelaki?

August 2, 2016 By Han Othman 2 Comments

4.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADAKAH ini fakta atau hanya kenyataan seksis yang kerap dituturkan kaum lelaki? Ironinya, kajian diketuai saintis wanita di bawah ini mendedahkan bahawa lelaki nyata lebih baik berbanding wanita dalam hal memarkir kereta.

Menurut kajian itu, kaum lelaki ialah 5 peratus lebih cekap berbanding wanita di ruang parkir selari yang memerlukan kereta diundur. Malah, lelaki juga lebih bagus ketika memasuki parkir menegak yang juga perlu dilakukan secara mengundur.

Semasa kajian, beberapa sukarelawan diminta memarkir sebuah kereta sedan berulang kali. Keputusannya, pakar psikologi wanita itu mendapati kaum perempuan masih gagal memarkir dengan baik walaupun mengambil masa 20 saat lebih lama untuk melakukannya. Faktanya, pemandu wanita cenderung memarkir terlalu rapat dengan garisan ruang parkir.

BACA >>> Operasi Kapit Motor di Subang Jaya Sukses! Penunggang Tak Berani Lagi Parkir Sesuka Hati

KOORDINASI SUPERIOR

parkir-wanita-2
Pretty female driver in a white car

Pasukan saintis di Universiti Ruhr dekat Bochum, Jerman mendapati lelaki mempunyai kelebihan koordinasi superior dan kesedaran ruang kerana otak mereka dapat memproses kedudukan yang berubah-ubah dan kelajuan kereta secara lebih pantas berbanding wanita.

Pengarang bersama kajian itu yang juga pelajar ijazah kedoktoran (PhD) di Jabatan Biopsikologi, Dr Claudia Wolf menyatakan dia berminat dengan subjek tersebut disebabkan banyak komen cauvinis yang biasa didengarnya tentang pemandu wanita.

"Prejudis itu wujud dan sebagai seorang saintis, saya memutuskan untuk mengkajinya sama ada ia fakta atau berasaskan mitos.

"Saya tidak fikir hal feminisme atau wanita sebagai punca akibat hasil penemuan ini. Ia hanya membuktikan apa yang ditunjukkan kajian terdahulu tentang perbezaan ruang antara lelaki dan wanita. Selain itu, ia bukanlah kegagalan besar dilakukan wanita. Ia hanya tentang parkir - bukannya kejayaan lelaki ke atas wanita," katanya.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Posisi Memandu Betul dan Selamat untuk Wanita Tubuh Kecil?

SIKAP HATI-HATI TIDAK MEMBANTU

Gambar sekadar hiasan.

Seramai 65 sukerelawan dengan pelbagai tahap pengalaman pemanduan diminta memarkir sebuah Audi A6 automatik ke dalam satu ruang parkir kereta di universiti yang berukuran 15 x 6 kaki. Kemahiran pemandu dikira dengan memeriksa kedudukan tengah kereta dalam ruang parkir selepas akhir tugasan.

Peliknya, saintis mendapati walaupun pemandu wanita mengambil lebih masa dan berhati-hati ketika memarkir, tetapi sebenarnya langsung tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada mereka. Perbezaan ketara tempoh memarkir itu dapat menjelaskan cara memandu umum antara lelaki dan perempuan, di mana beberapa kajian membuktikan lelaki mengambil risiko pemanduan lebih besar.

BACA >>> Kajian: 80 Peratus Pemandu Wanita Berumur Tidak Beri Signal di Simpang

Menurut kajian, perbezaan jantina dalam penilaian risiko menunjukkan wanita lebih berhati-hati ketika di parkir, sekali gus membuatkan mereka lebih perlahan. Namun, masih tidak dapat menjelaskan mengapa kedudukan parkir ketika akhir tugasaan adalah kurang tepat berbanding lelaki, terutama parkir selari.

Pemanduan perlahan sepatutnya menjadikannya lebih baik dan bukan keputusan teruk, kata kajian itu lagi.

CUMA PROVOKASI

GERMAINE GREER

Bagaimanapun, aktivis feminisme, Germaine Greer mengkritik hasil kajian tersebut dan menyifatkan ia sebagai tidak berguna. Greer berkata;

"Saya boleh percaya bahawa lelaki terbukti memiliki kelebihan utama dalam kesedaran ruang ketika memarkir kenderaan. Ibu saya mampu memarkir dengan baik sekali, tetapi disebabkan bapa saya tidak kerap membenarkannya memandu, dia jadi takut.

"Anda mesti ingat tentang fizikal wanita yang ada payudara. Ini membuatkan mereka begitu sukar membelok.

"Tetapi, apakah kita benar-benar perlu tahu perkara ini? Apakah patut kita halang wanita daripada memarkir kereta? Sudah tentu tidak. Mereka (saintis) cuma mahu melakukan provokasi ke atas orang seperti saya. Ia maklumat yang sangat membazir," kata Greer.

SUMBER: Dailymail.co.uk

Related

4.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, Dr Claudia Wolf, fakta automobil, feminisme, Germaine Greer, wanita lebih teruk parkir berbanding lelaki

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev