• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Passat R-Line (2020) Kini di Malaysia! 5 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga RM203k

Volkswagen Passat R-Line (2020) Kini di Malaysia! 5 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga RM203k

October 14, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) rasmi memperkenalkan sedan Passat R-Line baharu ke pasaran tempatan sebagai pilihan lebih sporty daripada Passat Elegance.

Barisan R-Line direka untuk pemandu yang mahu menyerlahkan individualiti dan inginkan jentera sporty dengan nilai hebat. Selain kemasan luaran dan dalaman dipertingkat, sedan dnamik ini turut didatangkan dengan prestasi enjin dinaik taraf.

1. KEMAS KINI ENJIN, TRANSMISI

Passat R-Line dijana enjin turbo 2.0TSI baharu berkuasa 188hp dan tork 320Nm dengan kotak gear 7-kelajuan DSG baharu yang ditambah baik. Atas kertas, sedan ini menawarkan penjimatan bahan api  sekitar 6.5 lter per 100km.

Passat R-Line didatangkan dengan ciri Kawalan Casis Dinamik (Dynamic Chassis Control, DCC) yang menawarkan pilihan hingga 15 peningkatan. Pemandu boleh memilih salah satu tiga mod pemanduan disediakan, iaitu Sport (dengan peredam lebih keras), Comfort atau Normal. Dengan Pilihan Mod Pemanduan (Driving Mode Selection, DMS) pula, pemandu boleh memilih gaya pemanduan disukai sama ada Eco, Comfort, Normal, Sport atau Individual.

2. KOSMETIK R-LINE

Passat R-Line datang dengan penampilan lebih mantap menerusi bampar depan agresif dan lencana R-Line pada gril. Satu lagi ciri unik R-Line boleh dilihat jelas pada bampar belakang, lencana R-Line dan kemasan krom di sisi sedan dan disempurnakan rim aloi Verona 19 inci baharu.

Ciri signatur Volkswagen diserlahkan menerusi lampu utama LED penuh, lampu signal belok berturutan dan tiga kluster untuk lampu belakang. Ruang but Passat R-Line cukup luas berkapasiti 586 liter bersama fungsi Easy Open dengan hanya menggerakkan kaki bawah bampar belakang.

3. MATERIAL KABIN PREMIUM

Ruang kabin Passat R-Line lebih menonjol berbanding pesaing dengan kemasan dan material baharu. Ini termasuk kemasan dekoratif Dark Diamond Flag baharu dan bumbung hitam yang nampak lebih premium.

Identiti R-Line dapat dilihat jelas pada kerusi, kemasan kulit stereng multifungsi dengan pedal syif dan butang ergonomik. Ada juga pedal sport dan plat pelindung aluminium depan dan belakang.

Sedan Volkswagen ini menggunakan kerusi elektrik ErgoComfort yang dibalut kulit Nappa corak karbon untuk keselesaan optimum. Kerusi pemandu memiliki fungsi memori dan urutan. Nilai estetika ruang kabin disempurnakan lagi dengan fungsi lampu ambien dalam 30 warna pilihan.

Kluster instrumen Digital Cockpit 11.7 inci menawarkan tahap kejelasan terbaik dengan paparan warna resolusi tinggi dengan enam pandangan skrin boleh ubah bersama pilihan 30 kombinasi, termasuk navigasi 2D dan 3D. Sistem infotainmen pula boleh diakses menerusi paparan skrin sentuh Discover Pro 9.2 inci.

Navigasi sistem boleh dilakukan  mudah menerusi arahan suara, kawalan gestur dan skrin yang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. App-Connect boleh digunakan dengan Android Auto, manakala sambungan Mirrorlink menggunakan USB Type-C, selain konektiviti wayarles Apple Car Play. 

Tidak ketinggalan, Passat R-Line dilengkapkan sistem bunyi Helix 300W Soundbar bernilai RM2,400. 

4. KESELAMATAN LENGKAP

Passat R-Line baharu padat dengan ciri keselamatan premium seperti Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Bantuan Sisi (SA), Kunci Diferensial Elektronik (XDS), dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS).

Ciri standard pula ialah Kawalabn Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Sistem Respons Rempuhan Pintarb (Intelligent Crash Response System, ICRS), Kawalan Pegun Bukit (HHC), Sistem Brek Praperlanggaran Automatik (Automatic Post-Collision Braking System, APCBS) dan Sistem Perlindungan Penumpang Proaktif (Proactive Passenger Protection System, PPPS).

5. HARGA MENARIK

Passat R-Line ditawarkan dalam enam warna pada harga RM208,888 berserta servis percuma selama 3 tahun, waranti 5 tahun tanpa had perbatuan dan bantuan jalanan, juga 5 tahun. Dengan pengecualian cukai diberikan Kerajaan sekarang, model ini boleh dimiliki pada harga RM203,411.18 hingga 31 Disember ini. 

BACA >>> Volkswagen Passat 2.0TSI Elegance Lancar di Malaysia, Harga RM188k
BACA >>> #RetroAuto: Kenapa Volkswagen Beetle, Microbus Lama Ada Pasu Bunga?

GALERI
Volkswagen Passat R Line (2020)_1
Volkswagen Passat R Line (2020)_2
Volkswagen Passat R Line (2020)_3
Volkswagen Passat R Line (2020)_4
Volkswagen Passat R Line (2020)_5
Volkswagen Passat R Line (2020)_6
Volkswagen Passat R Line (2020)_7
Volkswagen Passat R Line (2020)_8

Related

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, bbbbb, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Passat, Volkswagen Passat R-Line, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
    MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
  • JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?
    JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev