DEK mengelak seekor anjing melintas, seorang pekerja hotel nyaris maut selepas merempuh sebuah rumah di Jalan Bukit Piatu, Melaka, semalam. Bagaimanapun, pemandu berusia 28 tahun itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden berlaku kira-kira 2.30 pagi itu.
bbKetua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, mangsa menaiki kereta jenis Perodua Myvi dan dalam perjalanan dari arah Tanjung Minyak menghala ke Klebang.
Di satu selekoh tajam di Jalan Bukit Piatu, tiba-tiba seekor anjing dikatakan mbbbbbbbbelintas di depan kereta dipandu mangsa yang cuba mengelak hingga menyebabkan dia hilang kawalan dan merempuh tembok pagar sebuah rumah di Taman Bukit Piatu.
Siasatan masih dilakukan dan mangsa juga belum membuat sebarang laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara tidak cermat dan tidak berhati-hati.
BACA >>> MP Kepong: Bendul Jalan Sengaja Dilebarkan untuk Elak Kemalangan
SUMBER : Utusan
Leave a Reply