• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Reflektor: Yamaha Panggil Balik 464,141 Unit Motosikal

Masalah Reflektor: Yamaha Panggil Balik 464,141 Unit Motosikal

October 12, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

838
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA melancarkan kempen panggil balik (recall) membabitkan 464,141 unit motosikal jenama itu di seluruh dunia berikutan masalah komponen reflektor belakang.

Menurut laporan portal Motorrad, alat pemantul cahaya yang dipasang pada beberapa model Yamaha didapati tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan.

BACA >>> Masalah Suis Lampu Brek: HLYM Panggil Balik Yamaha NVX 155!

Di Jerman, 18,825 unit motosikal Yamaha terlibat dalam kempen panggil balik itu. Menurut Yamaha Motor Germany (YMG), masalah berlaku ketika proses pengeluaran reflektor tersebut yang menyebabkan komponen berkenaan tidak memantulkan semula cahaya sepenuhnya.

Kesannya, komponen itu gagal mematuhi syarat kelulusan ditetapkan regulasi UN-ECE. Antara motosikal YMG terlibat ialah model dihasilkan antara 2013 dan 2020, iaitu:

  • NMAX 125, (model code: SE931 / SEC71)
  • X-MAX 125 (SEE61 / SEE64)
  • X-Max 300 (SH131 / SH134 / SH135 / SH081)
  • YZF-R3 (RH121 / RH071 / RH12D)
  • MT-03 (RH07K / RH125 / RH12L)
  • X-Max 400 (SH121 / SH124 / SH125)
  • XSR 700 (RM114)
  • Tenere 700 (DM071 / DM072 / DM081)
  • Tracer 700 (RM144 / RM301)

Menurut YMG lagi, masa penukaran reflektor baharu mengambil masa 6-12 minit, bergantung kepada jenis model.

JEPUN

Yamaha Motor Japan (YMJ) pula  mengumumkan notis panggil balik kepada Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan pada 15 September lalu.

Pengumuman itu adalah mengenai kutipan dan baik pulih percuma reflektor belakang yang mungkin gagal mematuhi standard ditetapkan. Di Jepun, ada 10 jenis model Yamaha terlibat dalam program berkenaan:

  • NMAX 125
  • NMAX 150
  • NMAX 250
  • YZF-R25
  • YZF-R25A
  • YZF-R3A
  • MT250
  • MT-25A
  • MT320

Jumlah motosikal Yamaha di Jepun yang terlibat ialah 78,230 unit, iaitu model keluaran 6 Oktober 2014 hingga 1 April 2019 (termasuk 10 unit MT-03A).cIni kerana reflektor dipasang itu gagal memenuhi standard keselamatan Article 38. Jadi, tindakan dilakukan ialah menukar reflektor untuk semua model motosikal terjejas.

INDONESIA

Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) mengesahkan tiada kempen panggil balik akan dibuat untuk Yamaha NMAX atau model lain akibat masalah reflektor.

Pengurus Perhubungan Awam YIMM, Antonius Widiantoro berkata, semua model sedia ada di Indonesia mematuhi regulasi ditetapkan.

Mengenai unit-unit di Indonesia, tiada kempen panggil balik kerana model-model itu patuh regulasi sedia ada," katanya dipetik portal Suara.com.

SUMBER: Jepun | Indonesia | Jerman

Related

838
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Panggil Balik, Recall, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev