• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 6 Perkara Perlu Anda Tahu, BMW 2 Series Gran Coupé Lancar di Malaysia, Harga RM211k

6 Perkara Perlu Anda Tahu, BMW 2 Series Gran Coupé Lancar di Malaysia, Harga RM211k

October 8, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

164
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Malaysia rasmi memperkenalkan model coupé empat pintu pertama dalam segmen kompak premium ke pasaran tempatan. Model pemasangan tempatan (CKD) itu kini menjadi pilihan tambahan dalam kelas kompak jenama buatan Jerman itu yang tampil dengan ciri elegan menerusi ruang kabin dan buat luas untuk pemanduan versatil.

Turut melengkapi BMW 218i Gran Coupé M Sport  ini ialah perkhidmatan digital baharu dan sistem bantuan pemandu dengan teknologi termaju.

ENJIN 1.5L TURBO

Gran Coupé baharu ini dipadankan enjin 3-silinder 1.5L Turbo berkuasa 140hp dan tork 220Nm, manakala pecutan 0-100kmj dicapai 8.7 saat dengan kelajuan maksimum 213kmj. Ekonomi bahan api atas kertas mencatatkan penggunaan 5.9 liter petrol per 100km.

Kuasa disalurkan ke roda depan menerusi transmisi dual-klac (DCT) Steptronic 7-kelajuan. Selain pemanduan dinamik 218i Gran Coupé M Sport ini turut menawarkan ruang kabin luas.

Penyumbang utama dalam aspek pengendalian pacuan roda depan (FWD) cemerlang ialah teknologi ARB (near-actuator wheel slip limitation) yang membenarkan campur tangan kawalan lebih pantas dan sensitif selain meminimumkan sensitiviti belokan kurang (understeer).

Teknologi ARB ialah sistem kawalan gelincir dalam unit kawalan enjin yang mewujudkan jarak signal lebih singkat, manakala output enjin dikurangkan jika berlaku simptom gelinciran roda depan.

SILUET ACAH COUPE

218i Gran Coupé M Sport  menampilkan rekaan gril ‘kidney’ tunggal dalam rekaan tiga dimensi baharu yang dipadankan lampu depan dan lampu kabus LED tirus. Rekabentuk aerodinamik turut menawarkan pusat graviti rendah buat coupe ini.

Lebih menarik, cermin pintu depan dan belakang tanpa bingkai menyerlahkan seni rekabentuk sempurna.  Penampilan luaran dilengkapkan rim aloi ringan M Bicolor 18 inci dengan tayar ‘runflat’. Bahagian belakang pula disematkan lampu LED langsing dengan kemasan jalur hitam berkilat.

Gran Coupé baharu ini juga hadir dengan pakej M Aerodynamics sebagai standard berserta Shadow Line BMW Individual.

KABIN MODEN RINGKAS

Kabin 218i Gran Coupé M Sport tampil mewah dengan trim iluminasi Boston dan pencahayaan LED Lights Package. Stereng kulit M dilengkapkan ciri multifungsi, kerusi kulit dengan upholsteri Leather Dakota dan sistem penyaman udara automatik dwi zon utnuk pemanduan lebih selesa.

Gran Coupé baharu ini mengetengahkan gaya kabin BMW Live Cockpit Plus dengan takometer dan spidometer analog, serta kluster instrumen 5.1 inci format potret 4:3 yang memaparkan butiran seperti kelajuan, status sistem bantuan pemandu dan arahan navigasi. Seri kabin disempurnakan dengan unit infotainment skrin sentuh 8.8 inci.

Konsol tengah menempatkan tombol gear, tombol kawalan iDrive (iDrive Controller), punat dinamik pemanduan dan punta tekan-mula (push-start). Di depan  tersedia ruangan pemegang cawan dan ruang cas wayarles menerusi  fungsi Telephony. 

Rekaan khas ‘central tunnel’ membekalkan keselesaan dan ruang lebih luas untuk penumpang belakang jika dibandingkan coupé dua pintu standard dalam segmen ini.

Kompartmen but 430 liter memudahkan pengguna menyimpan barangan penumpang, manakala lipatan kerusi belakang dalam nisbah 40:20:40 memberikan ruangan tambahan. Comfort Access 2.0 turut disediakan untuk Gran Coupé bersama ciri Kunci Digital BMW.

BACA>>>#ApaNakBuat: 6 Tip Elak Sakit Belakang Ketika Memandu

HARGA DAN TAWARAN WARNA

218i Gran Coupé M Sport ditawarkan dalam lima warna pilihan; iaitu Alpine White, Black Sapphire, Snapper Rock Blue, Storm Bay, dan Melbourne Red. Ruang kabin dihiasi upholsteri kulit Dakota hitam dengan sorotan rona biru dan hitam.

Model ini sudahpun berada di pusat jualan bermula hari ini pada harga RM211, 367. 

CIRI KESELAMATAN

Bantuan pemanduan ditawarkan melalui BMW Personal CoPilot yang merangkumi:

  • Bantuan Pemanduan
  • Bantuan Parkir (standard)
  • Bantuan Undur (standard)

Sistem Bantuan Pemanduan merangkumi:

  • Amaran Tukar Lorong
  • Amaran Lalu Lintas Belakang
  • Amaran Perlanggaran Belakang
  • Bantuan Had Kelajuan
  • Lane Departure Warning
  • Amaran Perlanggaran Depan dengan fungsi intervensi brek
  • Kawalan Jarak Parkir Aktif dan bantuan parkir lateral. 

PENGALAMAN PEMILIKAN PREMIUM

Pemilik BMW 218i Gran Coupé M Sport juga akan menerima Pemilikan Premium dari BMW Group Malaysia yang meliputi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan  5 tahun daripada BMW dan Program Servis Berjadual Percuma
  • Bantuan Jalanan dan Hotline Kemalangan daripada BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - BMW Privileges Card
  • Servis atas talian BMW

BACA >>> #PanduUji: BMW 630i GT - Fastback Berprestasi Serba Mewah yang Praktikal
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Mula-Henti (Start-Stop) yang Perlu Anda Tahu

GALERI

Related

164
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: BMW, BMW 218i Gran Coupé M Sport, BMW Group Malaysia (BGM), fastback

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my