TIGA skuter maksi dilihat sedang menjalani ujian enduran di negara jiran Thailand, dan ramai mendakwa foto intip itu ialah Honda PCX 150 4-injap.
Jika diperhatikan lebih dekat, foto dimuat naik dalam grup PCX itu memang ada perbezaan. Bahagian belakang berubah penuh berbanding PCX sedia ada. Peg kaki belakang nampak seperti mekanisma mirip PCX, iaitu boleh lipat ke dalam (lihat foto atas).
Bagaimanapun, ada beberapa perkara meragukan kerana bentuk penapis udara dan penutup engkol (crankcase) CVT tidak seperti skuter maksi Honda, tetapi seperti model Vario, manakala suspensi seakan menggunakan triple rate.
Lagi, bentuk ekzos pula lebih mirip kepada produk Yamaha dengan muncung mirip beberapa produk sport Yamaha.
BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Mudah Pilih Tayar Tiubles untuk Skuter
Poin paling kuat ialah kedudukan absorber belakang. Honda biasanya tidak memasang absorber atas kotak engkol CVT. Namun, sama ada PCX atau Forza, absorber belakang skuter Honda biasanya diikat sedikit ke belakang.
Rasanya cukup sedikit perubahan sisi dilakukan Honda kerana versi eSP+ juga sedemikian. Malah, Honda juga tidak pernah melakukan ujian enduran produk baharu di Thailand dan ini mungkin dibuat secara tertutup.
Jadi, model dilihat itu dijangka bukan PCX 150 4-injap baharu. Boleh jadi produk baharu yang kebetulan memiliki rekabentuk seperti peg kaki dan komponen lain mirip PCX. Apa kata anda?
BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Hendal Honda PCX 150 dengan Yamaha NMAX 155
SUMBER: IwanBanaran
Leave a Reply