• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?

#FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?

October 7, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANTARA empat jenis transmisi kereta (manual, auto, CVT, semi-auto/transmisi dual-klac), kotak gear jenis CVT (transmisi variabel berterusan) lebih unik kerana tidak memiliki gear.

CVT menggunakan set puli dan tali sawat untuk menghasilkan julat nisbah bagi situasi pemanduan berbeza. Banyak pengeluar berminat dengan transmisi jenis ini, tetapi sesetengahnya seperti Mazda cuba mengelak menggunakan kotak gear tersebut.

Adakah Mazda tidak memilih CVT kerana transmisi itu teruk?

BACA >>> Mazda3 Turbo (2021) Lancar di Amerika (250hp, 434Nm), Harga Mula RM123k

CARA CVT BEROPERASI?

Bagaimanakah CVT mengawal kelajuan kereta tanpa menggunakan gear? Sebenarnya, sistem CVT terdiri daripada puli dan kon yang dihubungkan tali sawat rantai (chain belt). Kon itu akan bergerak dekat atau jauh dengan meninggikan dan merendahkan diameter (kon) di mana tali sawat beroperasi.

Jadi, enjin  dapat beranjak lancar ke nisbah gear tepat. Anda mungkin sukakan jenis transmisi ini kerana bekerja seperti enjin automatik. Tetapi ingat, CVT tidak menganjakkan gear seperti kotak gear tradisional untuk kereta tradisional.

KEBAIKAN CVT

Jimat Minyak:  Berbanding transmisi lain, CVT lebih jimat minyak kerana transmisi itu secara automatik melaraskan kelajuan enjin sebagai respons kepada keperluan kuasa kenderaan pada masa itu. Jika kita memandu kereta CVT pada halaju sekata di lebuh raya, kita akan perasan takometer (rev rpm) kekal rendah dan ia sebenarnya baik untuk ekonomi bahan api.

Hantaran Kuasa Optimum: CVT memastikan kereta sentiasa pada gear yang tepat. Kelajuan enjin kereta CVT selalu berada pada paras keperluan kuasa optimum. Kita juga tidak perlu sentiasa memerhatikan takometer ketika memecut.

Anjakan Selanjar (Seamless): CVT menyelamatkan kita daripada kesukaran mencapai tombol gear sambil memijak  klac untuk menukar gear pada kereta manual kerana transmisi ini memang tiada gear. Apa yang harus kita buat, tekan pedal minyak dan CVT akan bergerak lancar daripada lahu hingga mencecah kuasa puncak.

KEBURUKAN CVT

Selenggara Mahal: Walaupun penjimatan bahan api ditawarkan CVT tidak dapat ditandingi, kita mungkin tidak seronok dengan situasi pemanduan lancar sepanjang masa, terutama perjalanan jauh. Membaiki CVT pula agak mahal kerana komponen mungkin tidak mudah didapati dan mahal diganti. Ia mungkin juga sukar mencari pakar CVT untuk melakukan kerja baik pulih.

Bising: Tiada pemandu mengalu-alukan bunyi bising tambahan kecuali dia memandu kereta prestasi. CVT ada kecenderungan tergantung dan menjerit pada rev tinggi yang menyebabkan enjin meligat liar ketika memecut. Walaupun kita memilih kereta CVT yang diprogramkan untuk meniru anjakan gear, kebisingan dihasilkan CVT tidak mudah dihilangkan.

Kurang Fiil: Kita tidak dapat rasa detik kenderaan menukar gear kerana CVT memang  tiada gear. Situasi ini mungkin memberikan kita perasaan seperti sesuatu tidak kena sedang berlaku. Ramai pemandu tersalah tafsir operasi normal CVT itu sebagai tanda tidak reliabel. Bagaimanapun, pengeluar CVT sudah berusaha mengatasi masalah berkenaan dengan mensimulasi sistem gear beranjak.

BACA >>> Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?

SUMBER: MotorBiscuit

Related

8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, CVT, Fakta atau Auta, Gearbox, kotak gear, Kotak Gear CVT, Transmisi Variable Berterusan (CVT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev