TRAK pikap paling popular Malaysia, Toyota Hilux (2020) versi facelift baru saja diperkenalkan dengan penampilan lebih gagah dan berkuasa.
Berbanding versi sedia ada, Hilux (2020) menampilkan dua varian baharu; Double Cab 2.4 E (AT) dan Double Cab 2.8 Rogue (AT), menggantikan Double Cab 2.8 Black Edition.
Varian Double Cab 2.4 V (AT) pula ialah model naik taraf daripada varian Double Cab 2.4 G (AT), manakala L-Edition tidak lagi ditawarkan. Varian manual juga kekal ditawarkan menerusi Double 2.4 G dan Single Cab 2.4.
Kuasa dan tork ditawarkan juga lebih tinggi berbanding Hilux sedia ada.
Sekiranya anda sedang berkira-kira mahu memiliki trak pikap baharu, berikut enam perkara yang anda perlu tahu mengenai Hilux (2020).
1. HARGA BERMULA RM92,800 HINGGA RM146,880
- Toyota Hilux Single Cab 2.4 (MT) - RM92,880
- Toyota Hilux Double Cab 2.4 G (MT) - RM111,880
- Toyota Hilux Double Cab 2.4 E (AT) - RM108,880
- Toyota Hilux Double Cab 2.4 V (AT) - RM133,880
- Toyota Hilux Double Cab 2.8 Rogue (AT) - RM146,880
2. ADA 7 PILIHAN WARNA
- Bronze Mica Metallic (warna baharu)
- Crimson Spark Red Metallic
- Attitude Black Mica
- Phantom Brown Metallic
- Medium Silver Metallic
- Silver Metallic
- Super White II
3. APA YANG BAHARU?
Antara yang paling ketara ialah pengenalan varian rekaan baharu, iaitu Hilux Rogue bagi menggantikan versi Black Edition.
Selain penampilan lebih segar, trak pikap popular Malaysia ini turut menerima kemas kini bahagian dalaman dan prestasi. Lampu depan kini jenis Bi-LED dengan lampu kabus LED.
Ruang kabin disegarkan dengan meter optitron dan paparan multi-info (MID), sil pintu iluminasi dan stereng kuasa VFC (Variable Flow Control) yang meningkatkan aspek pengendalian pada halaju tinggi.
Tidak ketinggalan ciri Connectivi-T, terdiri daripada Sistem Telematik Kenderaan (VTS) dan konekt
lay dan Android Auto.
Aspek prestasi pula dijana enjin 2.8L turbo yang dibangunkan untuk tugasan berat dengan pam minyak dua tahap untuk meningkatkan kecekapan bahan api.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota Hilux Digelar ‘Raja Trak Pikap’?
4. ENJIN LAGI POWER, TORK LAGI TINGGI
Berbanding enjin sedia ada, Hilux (2020) 1G-FTV 2.8L Turbo Diesel kini diberikan penambahbaikan yang menghasilkan kuasa 202hp @ 3,400rpm (+25hp) dan tork 500Nm @ 1,600-2,800rpm (+50Nm).
Kecekapan bahan api juga dipertingkat menerusi penggunaan pam minyak dua-peringkat yang menukar tekanan minyak secara optimum mengikut kesesuaian.
Bagi enjin 2.8L Turbodiesel, kadar penggunaan minyak dikurangkan kepada purata 10.9km per liter, manakala enjin 2.4L VNT (Variable Nozzle Turbocharger) pula memberikan penjimatan bahan api 5 peratus.
5. CIRI KESELAMATAN DAH MACAM KERETA MAHAL
Walaupun hanya digelar trak pikap lasak, namun ciri keselamatan tidak diabaikan. Hilux menerima rating 5-bintang dalam ujian perlanggaran Asean NCAP.
Pada masa sama turut didatangkan dengan teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense (untuk 2.8 Rogue), terdiri daripada:
- Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
- Amaran Tukar Lorong (LDA) dengan Bantuan Yaw
- Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
6. WARANTI 5 TAHUN, SERVIS INTERVAL SETIAP 10,000KM
Hilux (2020) dipakejkan dengan waranti 5 tahun atau 150,000km perbatuan (mana satu tiba dulu). Lebih penting dan buat kali pertama kali, servis interval ialah setiap 10,000km berbanding 5,000km sebelum ini.
Masih tak cukup? Apa kata kita layan pula video Pandu Uji Toyota Hilux Rogue bersama Abang Gan.
BACA >>> #Videotomotif: Kenapa Mamat Ni Minat Sangat Toyota Hilux?
Leave a Reply