• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM 1290 Super Duke GT - Jentera Pengembaraan

KTM 1290 Super Duke GT - Jentera Pengembaraan

July 29, 2016 By Admin PanduLaju 6 Comments

346
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

1290 SUPER DUKE GT-pandu laju (21)

Setelah dilancarkan secara global awal tahun ini, model KTM 1290 Super Duke GT kini tiba di pasaran tempatan.  Dibawakan oleh KTM Malaysia (Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd) selaku pengedar rasmi jenama KTM di Malaysia, ia dijual pada harga RM125, 080 (termasuk GST).

Pelancaran itu menjadikan Malaysia sebagai negara pertama memperkenalkan model tersebut di pasaran Asia. Bagi mereka yang menantikan model kembara itu, KTM 1290 Super Duke GT bakal berada di pasaran pertengahan Ogos hadapan.

KTM 1290 Super Duke GT dijana enjin V-Twin 2-silinder dan menggunakan platform enjin  LC8, sama seperti Super Duke R dan Super Adventure dengan menghasilkan kuasa 173hp dan tork 144Nm yang mampu dicapai seawal 3,250rpm.

1290 Super Duke GT

CBU AUSTRIA:

Model import (CBU) dari Austria itu turut dilengkapi ciri-ciri standard seperti kawalan jelajah elektronik, ciri quickshifter untuk tukaran gear, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), pemegang dengan ciri pemanas haba dan lampu belok LED bersama kombinasi indikator LED dengan pembatalan automatik.

Bagi tunggangan jauh lebih selesa, kawalan kuasa dibantu oleh barisan elektronik pintar termasuk kawalan traksi, sistem brek anti-kunci (ABS) dan suspensi semi-aktif WP sebagai standard. Pihak KTM turut menawarkan tiga mod tunggangan iaitu Sport, Street dan Rain bagi menyesuaikan penghantaran kuasa mengikut keadaan.

Kapasiti tangki 23L , skrin boleh dilaras secara manual dan posisi tunggangan santai menyumbang kepada keselesaan perjalanan jauh. Malah, bahagian subfrem diperkukuh dengan mengambil kira berat tambahan bagasi dan penumpang.

Selain model 1290 Super Duke GT, KTM Malaysia turut memperkenalkan model CBU versi 2016 lain iaitu KTM 1190 Adventure, KTM 1190 Adventure R, KTM 1290 Super Adventure dan Super Duke 1290 SE. Semua model itu akan berada di pasaran tidak lama lagi.

GALERI 1290 SUPER DUKE GT

1290 Super Duke GT

Related

346
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 1290 Super Duke GT, Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd, KTM, KTM 1290 Super Duke GT, ktm malaysia, touring bike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my