• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Super KIP Dah Tak Super, Datuk Razlan Kecewa Prestasi Hambar

Super KIP Dah Tak Super, Datuk Razlan Kecewa Prestasi Hambar

October 7, 2020 By Aryon Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PRESTASI hambar ditunjukkan pelumba Moto3, Khairul Idham Pawi dalam aksi Kejuaraan MotoGP 2020 nyata mengecewakan prinsipal Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali.

Beliau dipetik Astro Awani berkata;

"Ini satu topik sensitif. Saya akan dikecam sekali lagi tetapi secara jujurnya, pelumba kita jika dibandingkan dengan pelumba di Eropah daripada segi latihan dan sikap memang ada perbezaannya.

"Kalau saya berbual contohnya dengan Khairul Idham, dia pastinya akan cakap dia bersemangat tinggi, tidak mungkin dia akan cakap tidak tinggi.

"Di litar, menerusi kajian data sebelum dan selepas perlumbaan, catatan Xavi Vierge misalnya sememangnya membuktikan bahawa dia giat menjalani latihan."

Razlan juga kecewa kerana Khairul Idham memilih untuk mengikuti latihan berbasikal bersama pelumba Moto2, Hafizh Syahrin Abdullah sedangkan pasukannya sudah menyediakan program latihan di bawah kendalian Aleix Santacreu.

Sebaliknya, pelumba asal Perak itu memilih untuk tidak menyertai  latihan motosikal bersama pelumba seperti Fabio Quartararo, Vierge dan John McPhee.

Apa yang membimbangkan, prestasi hambar ditunjukkan Khairul Idham hanya akan menyukarkan masa depannya bersama SRT ketika perlumbaan cuma berbaki enam pusingan lagi.

Razlan berkata lagi;

Dalam pusingan pertama dan kedua di litar sama, kami beri 'potongan harga' (beri muka), (apatah lagi) dia cakap tiada masalah langsung. Jadi kami mengharapkan kebangkitannya dalam pusingan kedua, juga kami tidak nampak.

"Begitu juga di litar kegemarannya di Sepanyol (dua minggu lalu), jadi tidak tahu berapa lama kami akan gunakan alasan keadaan jarinya.

"Saya sudah di tahap kecewa kerana dia menamatkan perlumbaan di tempat terakhir. Dia mengadu menghadapi masalah dengan jentera tetapi kenapa dalam sesi pemanas badan dan kelayakan.

"Sebab itulah saya agak keliru kerana kenapa dia tidak bertindak mengatasinya sebelum perlumbaan sebenar."

SUMBER: AstroAwani

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Razlan Razali, Hafizh Syahrin Abdullah, Khairul Idham Pawi, Moto3, MotoGP, Petronas Yamaha SRT, Super KIP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev