YAMAHA Brazil secara rasmi melancarkan skuter NMAX edisi Star Wars baharu yang didatangkan dalam dua pilihan warna pilihan, hitam dan putih.
Warna putih dengan grafik badan merah ialah simbol bagi kumpulan Resistance, manakala hitam kepada pihak Tentera Imperial.
Skuter Yamaha versi putih ini dipanggil NMAX ABS Aliança Rebelde, melambangkan identiti Rebel Alliance yang mengambil ilham konsep rekaan dan warna pesawat X-Wing dipandu Luke Skywalker dengan garis dan dekal merah menyerlahkan gaya sporty.
Pembeli skuter NMax edisi terhad ini mempunyai ruang simpanan barang seluas 25 liter bawah pelana.
BACA >>> Yamaha Jepun Lancar Warna Baharu untuk NMAX Lama
Varian kedua dengan tona hitam kusam dipanggil NMAX ABS Império Galáctico, bermaksud Galactic Empire (Tentera Imperial). Skuter ini melambangkan pesawat Tie yang dikemudi Darth Vader dalam siri awal Star Wars.
Harga skuter ini ialah 14,390 real (RM10,730) dan tempahan awal cuma boleh dibuat secara atas talian. Model edisi khas ini akan dihantar kepada pengedar-pengedar menjelang 30 November nanti.
Di Brazil, varian asal NVX ini dipanggil NMAX 160 ABS, tetapi enjin masih 155cc, sama seperti model NMAX 155 ABS di Jepun. Model ini memiliki ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), lampu depan jenis LED dan kluster instumen digital penuh. Tiada perincian lain didedahkan mengenai spesifikasi.
Laman web Yamaha Brazil mendakwa skuter ini mempunyai jaminan terbesar di galaksi iaitu waranti pengilang selama 4 tahun.
BACA >>> Ular Sawa Tak Nak Keluar, Sedap Menginap dalam Yamaha NMAX
GALERI
SUMBER: YamahaBrazil | Young-Machine
Leave a Reply