• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bayi Maut Sebab Bapa Tak Nak Pecahkan Cermin Tingkap Kereta Baharu

Bayi Maut Sebab Bapa Tak Nak Pecahkan Cermin Tingkap Kereta Baharu

October 8, 2020 By admin.pandulaju Leave a Comment

355
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DEK enggan memecahkan cermin tingkap kereta baharu, seorang bapa di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) kehilangan bayi perempuannya yang maut akibat kepanasan dalam kereta.

Sidney Deal, 27, datang meminta bantuan beberapa anggota polis untuk menyelamatkan anaknya, Sayah Deal selepas tertinggal kunci dalam kereta. Insiden berlaku pada tengah hari dan kereta diparkir dalam cuaca panas.

Anggota polis menawarkan pilihan sama ada memecahkan tingkap cermin kereta, memanggil trak tunda atau mendapatkan bantuan tukang kunci, tetapi semua cadangan tersebut ditolak Sidney yang mahu menghubungi saudaranya. Menurut saudaranya itu pula, Sidney memaklumkan tidak sengaja terkunci anak perempuannya dalam kereta, tetapi penyaman udara terpasang.

BACA >>> Hyundai Bangunkan Sistem ROA untuk Elak Tertinggal Anak dalam Kereta

BAPA BANYAK SONGEH

Ibu dan teman wanita Sidney.
Sidney dan anak perempuannya, Sayah.

Lebih teruk, Sidney juga menghalang saudaranya itu memecahkan tingkap kereta kerana tiada wang hendak ganti baharu. Sebaliknya menghubungi ibu mereka untuk meminta syarikat insurans menghantar tukang kunci.

Teman wanita Sidney pula memberitah polis yang dia sudah menghubungi syarikat insurans untuk meminta bantuan trak tunda, tetapi bayaran dikenakan tidak dipersetujui teman lelakinya itu.

Akhirnya, polis nekad memecahkan cermin tingkap kereta itu untuk membawa keluar mangsa yang didapati sudah meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai terperangkap lebih satu jam. Sidney kemudian ditahan di Pusat Tahanan Daerah Clark atas dakwaan penderaan atau memudaratkan bayi dengan bon jaminan bernilai AS$20,000 (RM83,110).

BACA >>> #ApaNakBuat: Waze Ada Fungsi untuk Elak Tertinggal Anak dalam Kereta

SUMBER : LasVegsSun

Related

355
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bapa Tertinggal Anak, Berita Dunia, Tertinggal Anak dalam Kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev